|
Merdeka oii Merdeka :D
![]()
Assalammualaikum and selamat petang guys :) So how harini ? Okay ka ? Ka tak okay ? Budak-budak laki pi ke tak semayang Jumaat harini ? Haa aku harap harini hampa ada la buat benda yang berfaedah ye. Yelaa kan harini Jumaat, penghulu segala hari. ^_^ Ya Allah, kuatkan lah hamba-MU ini dalam mengerjakan ibadat-MU. Amin
Harini punya post agak la Islamik sikit. Biasa laa. Takkan laa setiap hari kita nak merapu ja kan sampai tak ingat siapa kita dan kita tak ingat Allah. Kan ? Aku punya caption harini merdeka tapi tu laa update kemain Islamik. hahaha. Takmau tanya ka pasepa ? Takmau tanya pun takpa laa, meh aku nak share jugak. Orang2 tua dok cakap kalau bulan Syawal jaa mesti ada ja perkataan merdeka. Bukan apa, sebab banyak orang dok cakap lagutu. Aku pun mula kia' (blur) tapi bila lama2, baru tau apa tu merdeka dalam bulan Syawal. Haa hampa semua nak tau dak ? Nak tau, okayy dok diam2 situ. Katop handphone, silent handphone semua. Meh sini fokus naaa Ustazah Husna nak berbicara. Kah ! :p Okayyy jommmm.
Alhamdulillah. Tahun ni 2017 ni, aku dapat buat puasa. Yeayy ! Mesti pernah dengaq kan puasa 6 dalam bulan Syawal ni. Mak2 hampa ayah2 hampa tok2 hampa, mesti pakat buat habis kan Yelaa, sapa takmau pahala, yedok ? Dan Alhamdulillah, aku dah habis buat puasa 6. Happy ? Gila tak happy, happy gilaaa bangang laa orang kata. Mana tak nya, orang pakat makan nasi kenduri laa kawan nu nikah kawan ni nikah, kawan ni tunang kawan nu tunang, mesti laa dapat makan free. Tuuu open house tuu haa lagi belambak2 cekk oii. Raya tak habis lagi katakan. Open house sana sini. Utara Selatan semua ada habis. Untung laaaa. Yang aku dok tang rumah posa, menahan diri dari lapar dan dahaga. hihihi. Tapi takpa, banyak manfaat yang aku dapat, banyak kelebihan yang aku dapat, banyak keistimewaan yang aku dapat. :) Alhamdulillah. Dulu aku buat jugak puasa 6, tahun2 lepas nuu tapi hahahah sekerat ja mampu mungkin sebab tertaksub dengan nafsu makan kot. Hahaha tapi tahun ni Alhamdulillah cukup2 6 hari aku puasa dalam bulan Syawal ni. ^_^
Sembang pasai kelebihan keistimewaan puasa 6 bulan Syawal, aku dok godek2 google dapat la beberapa point diaa. Ada yang aku dah tau, ada yang taktau. Ada yang aku macam, oh yaka ? Wow ! Baru tau. Bila baru tau tuuu dia punya terkejut, dia punya muka tuu hahaha mengalahkan kucing yang terkejut bila nampak timun dok tepi dia. Hahaha. Entah kenapa, kucing takut bila timun dok tepi depa. Nak tau muka kucing tu lagumana ? Haaa godek2 la youtube hampa tuu. Haaa belungguk tang tuuuu. Okay done melalut. Back to normal ! hahahaa. Okay continue kelebihan atau keistimewaan puasa 6. Lets scroll kalau nak tau, kalau takmau tau pun, scroll jugak. Kita share2 ilmu laa :)
KELEBIHAN ATAU KEISTIMEWAAN PUASA 6 DALAM BULAN SYAWAL.
1. PUASANYA SAMA SEPERTI GANJARAN BERPUASA SELAMA SETAHUN
"Direkodkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Ayyub al-Ansar, Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa pada Rmadan diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun"
~ Nabi Muhammad SAW dah cakap dah kalau kita puasa 6 pada bulan Syawal, puasa 6 hari kita tu macam kita puasa sepanjang tahun. Larat kaa kita ni nak puasa 365 haRi takdak rest langsung, memang tak la kan. Islam ni mudah, tak menyusahkan kita pun. Bila kita puasa 6 hari dalam Syawal, ganjaran yang kita dapat SubahanAllah, tinggi nyaaaaa. Ibarat kita puasa 365 hari atau setahun. Sapa tak nak kan ? Tambahan lagi, kalau kita puasa Ramadan, Nabi Muhammad SAW dan janji dengan kita dah kalau kita puasa sebulan bulan Ramadan akan ada pengampunan dosa yang lampau maka kita lengkapkan lagi dengan 6 hari puasa dalam bulan Syawal, pahala yang kita dapat tu sama sebijik macam kita puasa setahun. SubahanAllah. Banyak pahala oii kita dapat dengan puasa 6 hari jaa dalam bulan Syawal. Alah 6 hari je wehh bukan banyak. pejam celik pejam celik dah cukup 6 hari. Bila dah cukup 6 hari tu, Ya Allah ! Kita ja tau happy dia tu macam mana. :D Eh puasa 6 tu puasa berturut2 ka atau selang-seli ? Haaa yang tu terpulang kepada pihak masing2 tapi lebih afdal kalau kita puasa 6 hari berturut2 non stop bermula 2 Syawal. Ini pandangan daripada Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthimin.
2. MELENGKAPKAN KEKURANGAN YANG TERDAPAT DALAM IBADAH PUASA BULAN RAMADAN
"Dikatakan oleh Al-Hafiz Ibnu Rejab bahawa puasa 6 hari Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadan"
~ Beliau Al-Hafiz Ibnu Rejab kata puasa 6 hari Syawal ni dapat melengkapkan kekurangan yang kita buat tanpa kita sedar. Contohnya, kita ambil wudhuk tertelan sikit ayiaq, kita terkorek hidung korek telinga tanpa kita sedar atau apa2 saja la yang berkaitan dengan puasa. So erti kata lain, kita puasa 6 bulan Syawal ni boleh bantu kita untuk melengkapkan kita punya puasa dalam bulan Ramadan yang boleh membatalkan kita punya puasa atau pahala dia tu kurang atau tak berapa nak betoi dengan kita punya puasa. Haaa see ? Dah puasa 6 hari, dapat pahala lepastu dapat pulak ganjaran iaitu puasa 6 hari kita tu kita boleh melengkapkan puasa bulan Ramadan kita yang lepas. SubhanAllah ! Tambah lagi keistimewaan atau kelebihan yang kita dapat bila kita puasa 6 hari dalam bulan Syawal.
3. SUPAYA MANUSIA TIDAK LUPA MENUNAIKAN PUASA SUNAT YANG LAIN
~ Dengan mensyariatkan puasa sunat 6 hari bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Mungkin bila kita dah puasa 30 hari dalam bulan Ramadan boleh menyebabkan kita lupa yang kita ada puasa sunat yang boleh kita puasa. Selalunya puasa sunat Isnin Khamis laa. Yelaa, bila kita puasa wajib tu then kita raya, lepastu ada pulak open house ka apa ka, mungkin dari situ kita akan lupa tentang adanya puasa sunat yang besaq jugak pahala dia. Hari raya kan ? Hari yang kita bersuka ria sekian kita dah puasa sebulan bulan Ramadan. So dan bila kia dah puasa 6 hari bulan Syawal, kita akan terbiasa dengan puasa so dari situ kita dah boleh didik diri kita untuk buat puasa sunat Isnin Khamis pulak. Yedak ? Dengan puasa 6 ni jugak kita boleh la motivasikan diri kita untuk terus berpuasa sunat bukan semata2 nak tunggu bulan Ramadan baru kita nak puasa. Then, kalau dah habis puasa 6 hari bulan Syawal tu boleh la kita sambung dengan puasa sunat Isnin Khamis tapi cek........ niat tu kena ubah laa jangan laaa "Sahaja aku puasa sunat bulan Syawal kerana Allah Taala" pulak. hihi. Ubah kita punya niat dengan "Sahaja aku puasa sunat hari Isnin kerana Allah Taala" *maaflahh saya tau dalam bahasa Melayu jaa, dalam bahasa Arab saya taktau* Dulu ada kelas bahasa Arab, takpi, ponteng kelas. Haa tu yang jadi laguni ni. hihihi.
Okay done ceramah Ustazah Husna. Kalau ada apa2 lagi boleh laa aku share2 sini naaa. Haa bila dah tau kelebihan atau keistimewaan puasa 6 bulan Syawal tuu, macam mana tertarik tak, nak puasa 6 ? Haaa, meh la ramai2 kita puasa 6 hari bulan Syawal untuk tahun depan bulan. Ye ? Sama2 laa kita semua umat Islam, kejar akhirat sama. Jangan nak kejar dunia saja yang sementara jaa ni. Now, keep it up dan teruskan mengejar pahala yang senang saja kita nak dapat. Tak kena pun daki gunung berapi ka gunung Everast ka apa kaaa. Dok saja sambil puasa tu pun dah dapat pahala yang berlipat kali ganda. SubhanAllah. Sesungguhnya Allah Maha Besar. Alhamdulillah, dapat buat pahala dah bila share ilmu yang kita tau untuk sapa2 yang taktau atau kabur2 dengan puasa 6 bulan Syawal. Semoga Syawal tahun ini lebih bermakna untuk diri sendiri, keluarga, sahabat2, dan muslimin dan muslimat. :) Okayy. Gerak dulu. Assalammualaikum.
SUMBER : MUHAMMAD ASYRAF
"YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI DIRI SENDIRI"
|
Post a Comment