Husna Hassan
refresh profile linkies




Assalammulaikum and Hi there ! Welcome to my unprivate diary. Wish your day fine as you hope. Husna here ! Nice to meet you. Do follow me later I will follow you back. Be nice here ! Just respect me if you want me to respect you back :)
Hate my blog ? I DON'T CARE !


TUNANG
KAHWIN
SAVING RM10,000
BERAT 60KG
KERETA



60kg ? Boleh ke ?

 



    Hi there ! Harini kita bosan, kita buka diary kita then kita share cerita kita. Benda ni lah yang akan buat setiap kali bosan plus cuti kerja. 

    Siapa ja dekat dunia ni yang tak pernah ada biat atau target nak turunkan berat atau nak naikkan berat badan ? Semua orang ada hak dan target depa untuk kekal cantik dan sihat macam orang lain. Dan dengan sihat tubuh badan juga boleh elak daripada kena bermacam-macam pernyakit tambah-tambah penyakit kronik. Haihhh, minta simpang laaa oii 

    Aku ni target nak turunkan berat badan ni sebenarnya dah bertahun-tahun haa tapi tulah turun sekejap then naik pulak. So, target tahun ni 2021, betul-betul nak turunkan berat badan sebab ada benda yang nak kena settle thats why kena turunkan berat badan. 

    BMI aku ni sangat lah overweight sebab aku rendah. Yahh, rendah tinggi aku hanya 152.6cm, dan berat aku lebih daripada 60kg. Ramai orang cakap, badan aku haluih tapi berat aku tinggi. Kenapa eh ? Entah lah aku pun taktau. Masa aku sekolah menengah, berat aku bawah 60kg dan yang paling aku ingat masa aku form 4 berat aku 52kg. Itu pun dah rasa berat dah, ex boyfriend aku gelak tak kira sebab berat dia 58kg. Jadinya, lagi 6kg nak sama berat dengan dia. Masatu, tak ingat nak kurus pun cuma masatu nak maintain sihat ja sebab aku aktif sukan olahraga plus berkawad. Tapi tu ka lepas habis sekolah tuuuu, haaa naik mendadak-dadak apatah lagi masa zaman u. Memang lepas kelas, aku akan lena. Malam baru bangun untuk study. Sebab aku banyak habiskan masa aku zaman masa u dengan lena kalau takdak apa yang nak dibuat. 

    Start aku masuk u rasanya berat aku dalam 60kg macamtu kot. Entah lah ingat tak ingat. Tapi yang aku ingat masatu BMI aku 22 something dan masih normal lah. Lepastu nak maintain lah daripada ke overweight tapi tulahh hanya mampu merancang saja :p So tahun ni target nak kena 60kg balik, boleh ke tak entah lah. Sebab kalau bab makan aku boleh control, tapi kalau bab bersukan, aduhhhh susah sikit. Larat workout atau exercise mampu 30minit ja itu pun kadang tak sampai. Sebab mengah dan nafas tak cukup. 

    Sekarang ni aku dah start workout, setiap pagi atleast 30min ataupun tak sampai 30min, aku akan tutup kipas. Duduk dalam bilik without ada lubang untuk masuk angin like sauna tu. Haaa buat lagutu kaa, ni peluh dia keluaq macam baru lepas mandi nuuu. Sangat-sangat puas sampai kadang tu tertelan air peluh sendiri. hihihi.  

    Sepanjang pengalaman aku workout dah 5 hari, aku dah turun 600g. Walaupun tak sampai 1kg, tapi aku bangga. Ingat senang ka nak turun ? Susah wehh sebab aku jenis berat lemak. Kalau berat air takpa, senang nak turun. Berat lemak ni haaa sangat-sangat lah susah nak turun. Tapi kalau ada usaha, lambat-lambat akan turun jugak. Jadi, kena teruskan usaha anda. 

    5 hari workout, urat betis urat peha rasa macam bersimpul nuu. Dia punya tarik tu lahhh sakit yakmat, jalan pun dah macam capek-capek. Tambah-tambah masa first day aku workout, aku main skipping, 3 hari wehh nak lega. Dia sakit tang betis macam kena tarik mengkarung nuuu. Haihhh, aku ja tau rasa sakit dia lagumana. Dah lepas daripada tu, aku dah tak skipping. Just workout like buat tabata macam tu jaaa. Baru-baru ni ada buka tiktok, ada entah siapa. Dia post kata, "kalau overweight, tak disarankan untuk skipping, lompat bintang, sebab hentakkan daripada lutut tak dapat tampung berat badan dan boleh memudaratkan kerja seharian kita", haaa start daripada situ lah aku dah tak skipping sebab sangat-sangat memudaratkan aku untuk berjalan. 

    Sebab itu, aku start workout biasa dulu, jogging-jogging dulu, after aku rasa dah ok, baru nak start skipping. Harapnya boleh lah kannn ? Boyfriend selalu cakap, "apa yang kita buat, itulah yang kita akan dapat. Kalau setakat tu usaha kita, takat tulah kita akan dapat". Semoga success lah usaha aku. Walaupun turun hanya 600g, tapi aku sangat lah bersyukur sebab atleast dia turun daripada maintain. Kan ? 

    Start with tabata workout, slow-slow usaha, InsyaAllah lepasni dah boleh jadi macam zaman sekolah. Dulu kalau lari 100meter, celah gigi ja. Lani hahahhahaha nak lari jogging pun mengah-mengah dahh. Doakan sayaaaaaa :) 



Post a Comment


Thanks for reading. Lot of Love.