|
TIPS KEKAL CINTA JARAK JAUH
![]()
Tips kekal bercinta jarak jauh harini punya topik. Aku pun taktau kenapa aku nak update post macam ni. hahahah. Well, kalau nak baca, baca lah. Taknak baca pun takpa. Tak kisah dan tak paksa. Just berkongsi aja dong. Sebab tu juga pengalaman yang aku hadap sekarang kot thats why topik ni aku on. Aku Perlis dan dia Perak. Seriusly banyak gak lah dugaan nak hadap teqa nak biasa. So kita relax aje. Just follow the flow. Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau tak dak, redha jelah mampu. Kan ? Tapi before berserah dan redha tu mesti lah ada usaha untuk kekalkan hubungan masing-masing. Masing2 kena lah berkorban dan mengalah salah seorang. Kalau dua2 ego, tak kemana lah gamaknyaa. So, lets kita share tips nak kekal bercinta jarak jauh. :D
1. Selalu lah contact antara satu sama lain
Well, benda ni depend on masa jugak lah. Takan all the time 24/7 kita nak contact selalu. Sampai kau nak buang air kecil ke air besar ka sampai nak bagitau sedia2. Maksud disini contact means, selalu lah kau tanya khabar dia, tanya dia dah makan ke belum, buat apa ja harini, esok ada aktiviti apa semua.. So from that, we know that partner kita selalu care pasal kita. Walaupun kau dengan dia gaduh teruk mana sekalipun, last2 kau kena juga rendahkan ego kau untuk pujuk dia balik dan ambil hati dia balik. Selalu perempuan ni ego dia tinggi oii, macam aku. Hahahah. Lagi dia ngalah, lagi aku naik tapi tulah lama2 ego perempuan akan cair juga bila lelaki pandai ambil hati perempuan. Nak contact tu jangan lah bila dia ada masalah or busy dengan aktivit dia, kau pula nak masuk and sibuk2 contact dia bagai2 apa semua. Kau punya nak tanya khabar tu tak kena tempat beb. Kalau time dia sibuk, kau pulak menyampuk memang kau nahas lah beb. Dia punya berangin tu confirm sampai ribut habis. Tak caya ? Try tengok. Atleast malam2 kau contact lah partner kau, supaya dia sentiasa ingat yang dia ada kau dan caring pasal kau. Atleast kalau 5-10 minit dah cukup rasanya nak contact walaupun tahu kedua2nya sibuk dengan kerja or aktiviti masing2. Tanya lah apa yang dia buat apa semua. Bukan dia senyap, kau pun gedik nak senyap. Centu, cane nak kekal ?
2. Saling mempercayai
Ni tips kedua lah yang paling susah sekali nak buat. Bukan orang yang bercinta jarak jauh, orang bercinta jarak dekat pun susah nak saling percaya masing2. Lepastu, muncul lah orang ketiga lah apa lah semua ada. Maksudnya, kau selatan aku utara then kau rasa dia curang, dan kau pun curang padahal kau taktau pun yang dia curang atau tidak. Ni semua hati lah senang cakap. Saling mempercayai ni lah jugak paling penting dalam sesebuah perhubungan. Know what, ini adalah kunci kebahagiaan uii. Kau tak percaya, ada ragu2 dalam hati kau confirm kau tak bahagia dengan hubungan kau sendiri. Tak kira lah kau jauh mana sekali pun dengan awek or pakwe kau, percaya tu penting. Kalau tak percaya baik takyah bercinta. Habis cerita. Dan kena lah selalu berfikiran positif selalu dengan partner hampa. Kalau dia cakap "abang, sayang sibuk tau harini keja banyak kena buat, mungkin tengah malam baru sayang free", then kau pun jangan lah pikir yang bukan2. Anggap je yang dia cakap tu betul. Atau kalau dah tak caya sangat, kau upah lah spy. Settle ! Tapi tak gentle lah beb. Be matured okay !
3. Sabar
Naaaaa. Sabar kan separuh daripada iman. Hihihi. Perkataan yang selalu kita dapat kalau2 kita ada masalah. Kan ? "wehhh sabar jelah, ni semua dugaan untuk hang" , "sabar kan separuh daripada iman, so kau sabar je. lambat laun masalah akan selesai juga". Naaaaaa tu antara ayat2 yang selalu kita kena lah kalau kita pi ngadu dekat orang apatah lagi orang yang kita rapat. So, sambung tips untuk kekal bercinta jarak jauh iaitu sabar. Sabar lah selagi anda mampu. Kalau dapat tau hal buruk2 pasai partner kau, kau sabar jeee. Kau think positive je. Kadang orang tak leh tengok kita bahagia sikit, mula lah nak fitnah bagai. Apa2 pun relax, chill, sabar dan think positif dengan apa yang kau dengar dari mulut orang. Sebab kau taktau manusia ni tahap kedengkian dia tinggi melangut. So, apa2 pun nak buat keputusan pikir banyak pikir habis2 apa semua then baru kau buat keputusan. Tapi kalau ye pun, kau dengar dulu expalanation daripada partner kau sendiri. Mungkin ada sebab musabab kenapa dia macamtu bagai2. Kita as manusia tek leh menghukum semena-mena je. Sabar tu penting beb. Penting sebab apa ? Yelah, sebab dalam kesabaran tu lah akan wujudkan kebahagiaan, pasti ada kebahagiaan punya. Memang kah kadang2 susah kita nak accept if kita dengar macam2 pasal partner kita. Dah la jauh sepasai, kau pulak ragu2 takdak kesabaran. Memang lingkup lah beb. So, apa2 pun yang jadi keep on sabar. Mana tahu dalam kesabaran kita tu ada hikmah disebaliknya, ada kebahagiaan yang akan muncul bila kita sabar. Haaa. Sapa tau kan ?
4. Jujur
Sambung tips kita dengan kejujuran pulak. Nahh, after kita dah berpisah jarak jauh, kita dah saling percaya antara satu sama lain, ada pulak kesabaran yang tinggi naaaa tiba masa pulak untuk kita sentiasa lah jujur dengan partner kita. Know what, dah jauh kan mana kita tau apa yang depa buat, depa pi mana, dengan sapa apa semua. So, kejujuran tu penting. Walaupun orang cakap kejujuran tu sangat menyakitkan, tapi kot mana pun kau kena hadap juga walau perit mana mana pun kau nak tanggung. Contoh, "sayang, abang pergi dinner jap ni dengan geng2 laki and perempuan. Jangan risau, abang tak buat benda pelik2". Kalau perempuan dapat macamtu, memang sakit wehh. Sungguh. ! Yelah, perempuan mana tak sakit hati kalau dapat text macamtu, or call macamtu. Tapi kot mana pun atleast kau tahu apa yang laki kau buat dekat sana even though sakit macam mana sekali pun, kau kena hadap beb. Sampai bila kau nak kong2 24/7 je. Semua orang ada life dia sendiri, aktiviti dia sendiri. Kau tak leh lah nak control dia nakpi mana pun tak boleh. Apa2 pun kau kena tahu juga yang dia tahu. Dan partner tu pulak, dah tau kau akan sakit kan hati dia jangan lah pulak kau diam, buat kerja belakang dia tanpa dia tau. Kau tahu, sakit sangat bila kau dah buat, then minggu depan tu baru kau tahu hal sebenar. Parah beb ! Tambah2 bila laki buat dekat perempuan macamtu. Allahu perit beb. Apatah lagi kalau dia dapat tau daripada mulut orang lain. Ya Allah ! Aku tak tahu macam mana nak cakap. So, jujur lebih baik daripada menipu. :)
5. Setia
Setia ni lah paling selalu orang tak mampu nak lakukan. Kadang sebelah pihak setia, tapi partner dia pulak curang atau ada perempuan/lelaki simpanan dalam diam. Bukan orang bercinta jarak jauh je susah, orang yang bercinta duduk sebelah rumah pun susah haa nak setia. Tapi, kalau kau sayang, kau jujur, kau contact selalu, kau percaya antara selalu sama lain, InsyaAllah perkataan curang ni jauh haaa nak mai dekat kita. Semua ni berkaitan dengan hati lah. Kalau kau tak percaya yang dia setia dengan kau, confirm kau curang. Kau tak percaya dengan kejujuran dia, contoh dia cakap "nak keluar makan dengan kawan2 jap", confirm akan curang. Kepercayaan dengan kesetian partner lah beb. Kau tak percaya confirm, kau tak setia. Dan kalau kau percaya, confirm kau jaga hubungan kau dengan dia baik2. Takdak curang2 bagai ni. Tapi, kalau ye pun kau tak yah lah nak main perasaan orang. Kalau kau dah tak sayang, dah dapat atau jumpa dengan orang lebih baik daripada dia, kau jujur jelah dan tinggal dia dengan cara baik. Bukan, asal kau dapat benda baik, kau tinggal macamtu. Bukan kau sorang je ada perasaan, ada hati. Orang lain pun ada juga. So, ceni lah, kalau kau pikir kau nak curang, kau letak lah diri kau dengan tempat partner kau. Apa kau rasa bila partner kau curang. Sakit kan ? Haaa lagutu lah dia akan rasa benda yang sama juga. Kau sayang, kau setia. Tu je. Know what, hubungan tak kan panjang bila kau tak dak erti setia daalam hidup kau. So, setia lah kalau kau taknak kau terluka sama.
Done ! Cukup lah 5 tips dulu. Nanti ada penambahan tips, akan ku share dengan hampa. Setakat ni, 5 tips ni lah yang paling penting untuk kekal bercinta jarak jauh ni. Dulu, aku pun sikit lagi je nak terjebak dengan sifat nak curang dan tak setia bagai. Tapi, bila dah pikiaq panjang, so I stop it ! Susah beb, bila kau dekat dengan dia selalu jumpa, then tiba2 kau kena jauh dengan dia. Beb, sakit wehh. Nak hadap tu makan masa. Yelah, bila dah dekat, dengan dia je kau spend time. Bila dah jauh, dah susah nak control bagai. Sampai lah diri sendiri, nak tergadai perasaan dekat orang lain. So, before buat keputusan think twice supaya kau tak menyesal nanti. Apa2 pun nak buat, kau letak dulu diri kau dekat tempat dia. Baru kau takan buat benda yang karut marut ni. Apatah lagi, bila relationship kau dah mencecah 2-3 tahun. Takan kau nak sia2 macamtu ja atas sebab kau curang dan tak dapat nak kekalkan hubungan percintaan kau. Ingat, nak kekal 2-3 tahun tu pun susah. Then, kau nak lepas macamtu jaaa. Sia2 je 2-3 tahun kau tu.
Okelah. Lain kali aku share lagi apa yang aku rasa patut dikongsi. See next post. Thank you :)
Sumber: Facebook
|
Post a Comment