Husna Hassan
refresh profile linkies




Assalammulaikum and Hi there ! Welcome to my unprivate diary. Wish your day fine as you hope. Husna here ! Nice to meet you. Do follow me later I will follow you back. Be nice here ! Just respect me if you want me to respect you back :)
Hate my blog ? I DON'T CARE !


TUNANG
KAHWIN
SAVING RM10,000
BERAT 60KG
KERETA



Cerita semalam....

   


     Selamat pagi semuaa. How your day rn ? Semoga setiap hari hampa sentiasa senyum selalu ye. Takmau monyok2, takmau sedih2. Semoga rezeki hampa bertambah setipa hari. Aminn.

     Harini saja sebab tadi bangun subuh, semayang apa semua then tak leh nak bum balik so bosan2 aku teringat nak update blog and share tentang apa yang jadi semalam.

     Okay macamni. Semalam aku teman ayah aku pi hosp kerajaan dekat area negeri aku lah (maaf tak leh mention nama hosp tu), then memang ramai namati lahhh habaq hampa. Time tu baru jam 8 tak silap aku. Memang repu lah orang. Ohhh aku teman ayah aku check mata dia. Maklumlah dah tua kan macam2 sakit lah ngujung jadi peneman haaa.Sekarang aku nak cerita suasana dekat hospital tu.

     Jam 8 memang dah ramai gila orang dan aku pun monolog lah sendiri "ahhh sudah, petang jugak lah balik nyaaa" sambil buat muka lahh. Hahaha. Sebab memang ramai gila lah, Melayu Cina India, Cina semua cukup lah. Then ayah aku g lah ambil nombor untuk pendaftaran. Number ayah aku masa tu silap aku 166 kot and masa aku sampai tu number baru 119. Kau rasa ? Memang mereput lah eden dengan data nya selow sungguh selow sangat selow tetap selowww. So aku pun hanya mampu dengar lagu and perati orang sekeliling. (Aku pakai earphone ye). Then, perati then perati then perati sampai lah turn ayah aku. Then daftar siap, g naik atas pulak untuk ke next station untuk check mata ayah aku. Naik lah aku dengan ayah aku, know what ramai nyaa orang dekat bahagian atas tu aku rasa orang 40% daripada bahagian bawah dekat bahagian pendaftaran. Memang aku macam "herghh, asal lah ramai" plus lah aku jadi perak and excited sebab yelah ramai juga manusia haa dekat Kedah ni. Then sementara tunggu number ayah aku dipanggil, aku pun sambung lah perati orang sekeliling. Hahahha. Dan macam orang gila haaa dengan berdiri nya aku dengan kaki sakitnya sebab pakai salah kasut. Then aku pun hanya mampu redha jelah.

     Then, haaa ni lah part yg aku nak share dengan hampa. Tadi cuma mukadimah aje. K ceni. Sambungan diaaaa. Masa aku dok nunggu ayah aku settle dia punya check mata tu, sambil2 aku dengar lagu terperati seorang lelaki askar berkaca mata dan dia pun nak check mata juga rasanya lah sebab dia berkumpul dekat tempat sama macam ayah aku. So aku assume sama jelah apa yang dia nak buat. Then, dia bersandar lah dekat satu dinding ni and masa tu Alhamdulillah aku dah ada tempat duduk the terduduk lah aku. K laki askar tu sandar dekat dinding tu dan dalam masa yang sama ada katil ehh apa tah yang pesakit teruk baring and ada orang tolak tu. Aku assume katil bergerak lah :D yang ditolak oleh keluarga pesakit tu lah kot. Then, masa tengah laki askar tu syiok lending sandar dekat dinding tu, dia boleh buat bodo and slumber badak dia je sandar masa katil bergerak nak lalu dekat lorong yang dia sandar dekat dinding tu. Kalau orang lain, dari jauh dah bagi laluan tapi laki ni tak entah apa yang dia pikairkan buat taktau lah. Bila lagi sejengkal nak sampai dekat dia, baru dia bagi laluan. Aku rasa macam "haihh kau ni, buta ka apa tak nampak ka katil tu bergerak". Amboihh dan aku hanya mampu bermonolog sahaja -.- yelah kang jerit tak pasai orang cakap aku histeria pulak. Yelah hosp kan ?? -___-

     Tu story pertama. Ni story kedua pulak. Aku rasa lah kan betul lah orang cakap, tak semua nurse ada tahap kesabaran yang tinggi tapi sesetengah nurse jelah. Ada yang tinggi dan ada yang tak tinggi tahap kesabaran dia. Sebab apa ? Sebab masa dekat hosp tu, ada satu orang tua ni, dah pangkat tok opah nenek dah haaa dalam lingkungan umur 70+ rasanya. Masatu, nama dia dipanggil dan dia pun berjalan sambil di pegang oleh anak dia lah kot sebab lebih kurang sebaya aku, aku rasalah. Then depa pun jalan lah seloww sungguh selow sangat selow tetap selow. Then ada seorang nurse ada dekat belakang depa, nak lalu jalan yang sama, then boleh pulak riak muka dia macam nak marah and annoying dengan depa tu. Aku perati je nurse tu. Amboihhh. Tak nyabor kamu. Atleast kalau kalut2 pun, bersuara lah. "Makcik, kejap ye saya lalu kejap sebab ada urgent, bla bla bla", then haaa of course la depa akan bagi laluan sebab depa tau depa memang selow, haaa lepastu kau jalan lah mendabik dada takdak sapa akan rasa annoying dengan hang dah macam aku. Kalau takdak tahap kesabaran yang tinggi macam aku, jangan jadi nurse. Boleh ? Kalau kau kerja juga, orang akan jadi annoying macam aku rasa lah.

     Okay dah2 latu membawang. Esk2 sambung lain. Bye.


Post a Comment


Thanks for reading. Lot of Love.