|
ALHAMDULILLAH berkat usaha diri sendiri.
![]()
Alhamdulillah praise and thanks be to Allah. Alhamdulillah sebab Allah masih lagi bagi aku kesempatan untuk bernyawa dan tengok dunia yang serba cantik ini. Alhamdulillah. Harini I baru ada modd nak tulis blog walaupun benda nak cerita ni dah lama haaaa. Bulan 1 punya cerita, harini baru ada mood untuk bukak laptop and nak update satu post. Selalu bukak laptop dok download movie aje, nak masuk blog ni punya lah baloq liat. Tapi harini memandangkan bosan, so update lah. "Eh kenapa tak update siang tadi, ni dah nak maghrib baru nak update ?" "Ehh, like heart aku lah nak update when pun. Blog aku" Hihihi. Tak lah, actually seharian tidoq haa harini sebab badan letih sangat pi mandi ayiaq hangat malam tadi. Hahaha. Kuak lentang, kuak meniarap, kuak silat pun semua buat lah. hahaha. Acah2 aje.
Let's masuk ke intipati post kalini. Actually, aku nak share tenang result aku sem 5. Another 1 sem nak complete my degree. Rasa sekejap aje 3 tahun haaaa. Sem 5 lah, sem paling barai, sem paling bnayak ponteng kelas, paling banyak main handphone dalam kelas sambil layan movie, sem paling teruk lah bagi aku sepanjang dah 5 sem hadap. Entah kenapa aku pun taktau. Jadi baloq yakmat lahh nakpi kelas and belajar dengan masalah bertimbun, ayah aku ulang alik masuk hosp, masalah kewangan, masalah bercinta jangan dilupa. Hahahah. Masalah2 semua tulah yang buat aku agak serabut sem 5. Sampai tak leh nak focus, dalam kelas pun rasa nak nangis sebab yelah teringat ayah dekat jauh, yang ulang alik masuk hosp. Abang aku lak dah kahwin, dah duduk rumah asing so agak lambat nak mai kalau jadi apa2 dekat family aku. Adik2 aku masih bersekolah. Mak aku pun dah tak larat, sakit sana sini jugak. Haihh, Allah je tahu perasaan aku masa hadap sem 5. Tapi Alhamdulillah, semua nya berbuah hasil. Daripada aku ngeluh2, serabut2, Allah bagi aku kegembiraan. Yes kegembiraan. Kegembiraan yang macam mana ? Kegembiraan yang kita tak pernah nak expect langsung sebab kita tahu kita tahap and pangkat yang mana tapi Allah bagi kita semua tu. Alhamdulillah Syukur kepada Allah swt. Walaupun tak seberapa tapi aku tetap bahagia dan bersyukur atas pemberian Allah untuk aku. :)
Result sem 5
Walaupun hanya 3.42, dah buat aku happy sangat2. Sikit lagi nak DEANLIST tapi tu saja yang aku mampu buat habis baik. Result ni lah yang paling aku tak expect langsung. Sumpah demi Allah. Aku cuma yakin semua subject aku lulus tapi tak expect yang dapat pointer 3 above. Benda yang paling aku tak jangka langsung. Aku target sem ni hanya 2.8 something macamtu aje sebab tahu tahap aku yang macam mana but tulah Alhamdulillah lah sebab Allah bagi aku kesempatan untuk aku rasa 3 pointer untuk semester before aku keluar dari UniMAP. Dapat result macamni, orang pertama aku bagitahu, cer teka siapa ? Haaa mesti ada la tu nak cakap nak bagitau boyfriend dulu. Hhahahaah. Ofcourse bagitahu family dulu tapi masatu hanya mampun whatsapp group rumah sahaja. Sebab adik2 aku sekolah, mak ayah aku pulak kerja. So lambat lah depa dapat berita ni. Tapi takpa. Alhamdulillah, depa balik kerja terus muka happy. Alhamdulillah sebab maybe depa pun tak expect result aku macamtu. Sebab depa pun tau anak depa yang number 2 ni jenih lagumana. -.-
Dapat2 result macamtu, terus aku bangun then masuk bilik semayang terus sujud syukur haaaa. Memang bersyukur sangat2 lah dapat result macamtu. Benda tak expect langsung. Sem 5 ni dah lah tak dak mid term (exam pertengahan), assignment pulak menimbum, dengan event macam2 then know what, sis pulak jenih belajar esok exam, harini baru nak bukak subject tu. Kena pulak subject tu ada 15 chapter, satu malam kena habiskan dan hadap sampai lemau mata2. Tapi everything goes well. Alhamdulillah. Yang tak tahan, seminggu sebelum exam pun baru siapkan assignment, dalam waktu yang sama kena pikir product untuk final year project sebab kena submit awai January 2019. Memang struggle lah sis. But Alhamdulillah sis dah berjaya hadap semua tu. Alhamdulillah.
P/s: R2 tu sebab subject tu repert 2 kali. Maklumlah sis tak pandai sangat math2 ni apatah lagi subject tu lak memang 70% addmath and sis takdak langsung basic addmath sebab tak amik langsung addmath masa sekolah. Dan semua benda boleh kita dapat if kita ada usaha yang tinggi. Kan ? Semangat mau ada derrrr. Takdak basic apa2 pun, kau boleh je belajar cuma nya mau dengan takmau ja. Kalau kau mau, yahhh kau dapat lah. Kalau kau tak mau, memang sampai mati tak dapat.
Okelah done luah perasaan. Byeee. Jangan lupa semayang maghrib yaaaa anak2. Assalammualaikum.
|
Post a Comment