Husna Hassan
refresh profile linkies




Assalammulaikum and Hi there ! Welcome to my unprivate diary. Wish your day fine as you hope. Husna here ! Nice to meet you. Do follow me later I will follow you back. Be nice here ! Just respect me if you want me to respect you back :)
Hate my blog ? I DON'T CARE !


TUNANG
KAHWIN
SAVING RM10,000
BERAT 60KG
KERETA



NIKMAT APA LAGI YANG KAU DUSTAKAN ??

 


    Alhamdulillah. Syukur Allah masih panjang kan umur kita untuk terus hidup di dalam dunia yang sementara ini. Alhamdulillah.

    Doa aku harini;

"Semoga hari ni kita diberi kekuatan dan semangat untuk terus berbakti kepada diri sendiri, keluarga, orang yang kita sayang dan orang yang kita tidak kenali. Semoga segala urusan dunia dan akhirat kita dipermudahkan dan berjalan dengan lancar hingga hembusan nafas yang terakhir. Amin"

    So wasap guys ?? Apa khabar harini ? Semoga baik-baik sahaja hendakNya. Harini macam biasa bosan-bosan sebab cuti, kita geledah blog sambil bercerita. Kalini aku nak bercerita tentang kehidupan aku pulak. Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan aku untuk terus ringankan bebankan family aku dan orang-orang yang aku sayang. 
    
    Tengah-tengah mengelamun masa dekat tempat kerja semalam, sambil-sambil tunggu call masuk, aku jadi terdetik. Ehh bulan ni aku dah bayar roadtax moto sendiri. Walaupun itu bukan moto atas nama aku, dan ia atas nama mak aku, tetapi aku mampu bayar roadtax moto. Selalu sebelum-sebelum ni, memang pasal moto segala bagai, ayah aku yang settle. Tapi dah memandangkan aku naik moto tu, yahhh aku lah yang bertanggungjawab segalanya. Bila pikir-pikir tentang moto ni, Allah ! Sampai naik penat pikir nyaaa. Moto tu dah berapa kali masuk bengkel, tak settle-settle. Kejap rosak ini, kejap rosak itu. Haihh, banyak juga labur duit dekat moto tu sebenarnya. Yelahhh moto dah tua dah pun, dah bertahun-tahun dah. Rasanya dah lebih 8 tahun apa. Gitu-gitu lahhh. 

    Slow-slow aku dah ringkankan beban family aku. Walaupun tak seberapa, but yahhh I am proud of myself !!! Kadang diri nii dah gila-gila sengket, Allah mudahkan satu per satu urusan aku. Alhamdulillah. Sebab tu lah cakap, nikmat apa lagi yang aku kena dustakan lagi ? Dah terang-terang Allah permudahkan, takkan aku tak bersyukur. Sangat bersyukur wehh ! Alhamdulillah. 

    Kalau pasal renew lesen, daripada aku start dapat lesen moto and kereta, memang aku dah guna duit aku without pinjam mak ayah aku punya duit. Entah lah wehh, betul lah tu kadang-kadang tengok dekat fb, yang pasal perangai anak nombor dua ni. Ada jugak betulnya, sebab aku anak nombor dua. Jenis tak suka susahkan family.

    Yang aku ingat last aku minta duit mak ayah aku, masa aku study dulu. Taktau lah kalau ada yang aku tak sedar dan tak perasan. Yang pasti last aku ingat aku guna duit mak aku masa aku study. Yelahh masa tu tengah study wehh, mana nak ada income. So kot mana pun yahh family lahh yang aku nampak yang boleh tolong aku masa aku study. Tapi tulahhh time aku di UniMAP sahaja aku banyak guna duit mak ayah aku. 

    Kalau dulu kalau cuti sem ja mesti aku akan bekerja, sebab pertamanya sebab aku jenis memang tak reti dok dendiam dalam rumah. Mesti akan kerja jugak lah kot mana pun. Dan sebab kedua, bila dapat gaji, barang keperluan nak bawak balik u, aku akan guna duit gaji tu. Gaji plus PTPTN, boleh bantu aku selama 3 bulan lebih, dan masa nak masuk 4 bulan dan masa exam, yahhh mak ayah aku pulak akan support aku. Tapi support nya takdak aku mintak sampai 1k 2k, paling banyak pun RM200 macam tu sahaja. So dalam RM200 tulah, survive sampai habis sem. Habis sem, balik rumah, then kerja. Gitu lah sampai habisnya aku waktu zaman u. 

    Dan Alhamdulillah sampai sekarang setiap bulan aku mampu bagi duit dekat family aku, walaupun tak banyak, tapi atleast depa boleh guna duit aku tu untuk beli barang dapur dan barang keperluan untuk rumah. Biar aku sengket hujung bulan tak apa, asalkan family aku cukup makan dekat Kedah. Walaupun dalam dompet hanya ada RM10, family aku utamakan. Bila cerita pada kawan-kawan dan orang terdekat, aku sengket bulan ni, dan depa suruh aku cut cost untuk bagi dekat family. Tapi kenapa dekat family kena cut cost, kenapa tak diri sendiri kan ???? So aku decided untuk kurangkan cost untuk aku belanja. Jadinya apa yang aku list untuk aku beli dan dapatkan bulan ni, aku hold untuk bulan depan. Selagi tak dapat, lagi tu aku hold. Biar takpa, family is the most important ! Gaji aku dalam bank tinggal RM50 sahaja sementara nak tunggu gaji masuk hujung bulan, RM50 nak beli apa wehhh ?? Sekelip mata ja wehhh RM50 tu boleh hilang dan habis. Tapi takpa, biar asalkan family aku tak kebuluran. 

    Bangun pagi, doa aku setiap hari, semoga aku tetap kuat untuk tempuh hari-hari aku di negeri orang. Pernah dengar, utamakan family, Allah mudahkan urusan kita. Sampai sekarang aku pegang benda tu. Semoga aku tetap mampu utama kan family aku sampai hembusan nafas aku yang terakhir. Amin !!!! 



Post a Comment


Thanks for reading. Lot of Love.