Husna Hassan
refresh profile linkies




Assalammulaikum and Hi there ! Welcome to my unprivate diary. Wish your day fine as you hope. Husna here ! Nice to meet you. Do follow me later I will follow you back. Be nice here ! Just respect me if you want me to respect you back :)
Hate my blog ? I DON'T CARE !


TUNANG
KAHWIN
SAVING RM10,000
BERAT 60KG
KERETA



JOM SAVING CARA CASH !!

 


    Hi ! Assalammualaikum semua. Harini saja nak share cara aku saving duit cara cash di tangan without guna walaupun hang sengket ! Tapi first step kena disiplin dan konsisten. KUNCI UTAMA UNTUK SAVING !!

    Ada jenis orang suka saving cara cash ada jugak suka saving cara bank in/transfer dan ada jugak suka cara kedua-kedua. So far, aku memang guna kedua-dua cara sebab memang perlukan duit untuk target aku. Jadi, yahh konsisten ajeeee. NAK SERIBU DAYA, TAKNAK SERIBU DALIH !!!

    Jom aku ajar cara saving pakai cash. Aku pun baru je start sebab tengok ada seorang budak tiktok ni buat macam tu. So why not kalau kita cuba kan ? Buat masa sekarang aku baru cuba sebulan. Harapkan kekal lahhh. InsyaAllah. 

So inilah step by step untuk kita saving cara cash !!! Selamat Mencuba !!!



1) Barang yang diperlukan adalah;

    = PEN (depend lah nak pakai pen warna-warna atau satu pen sahaja. Kalau aku suka guna pen warna-warna sebab aku suka benda yang berwarna. Jadi semangat sikit nak buat saving ! Ihiks !)

    = SAMPUL (sebab kita nak masukkan duit)

    = NOTA KECIL (untuk tulis kita dah saving berapa dan sewaktu dengan nya lah)

    = PEMBARIS (untuk garis dan bahagikan ikut row)

    = CORRECTION TAPE (sebab aku selalu salah tulisnya) 

    = PENSEL (untuk garis - depends nak guna atau tidak)

** sebab aku suka kekemasan, thats why banyak barang. Barang utama, pen dengan sampul je. Depends on masing-masing lah. 

2) Pick 1 atau 2 hari dalam seminggu untuk kita savin atau seminggu sekali pun dah memadai. Kalau setiap hari pun ok. Depends on masing-masing. Kalau setiap hari saving, lagi banyak dan cepat lah saving nya. 

- Aku ambil 2 hari sahaja dalam seminggu iaitu Ahad dan Rabu. Then datang ja hari AHAD dan RABU, aku akan tulis tarikh. 


3) Dekat sampul tu, tulis pulak RM1 - RM10. Yang ni depends on korang lah nak saving sampai berapa ringgit. Ada yang buat RM1 - RM100, ada yang buat RM1 - RM50. Kalau boleh ambil target yang kita senang nak kira. Jadi mudah lah kita nak tahu saving kita sampai hujung tahun berapa RM :)

** Dekat buku nota pun tulis juga RM1 - RM10 ye dan hari nya.

- Aku buat RM1 - RM10 sahaja, sebab aku ada buat saving dalam bank jugak. Kalau aku buat tinggi target nya, tak makan lah aku semata-mata nak saving sahaja. hahaha. 


4) Lepastu datang je hari korang nak saving tu, pick random sampul yang mana-mana sahaja. Then masukkan duit. 

- Harini Rabu, aku pick RM6. Jadinya aku masukkan RM6 dalam sampul tu. p/s: RM12 sebab ni dah dua kali aku saving RM6. 

5) Dah masukkan duit tu, tulis lah tarikhnya dan berapa ringgit yang korang masukkan. 

- Harini hari Rabu, 3.3.2021. Jadinya aku dah tulis tarikh dekat row RM 6 dan RM 1 yang aku pick harini. 

6) Then asingkan yang mana korang dah masukkan duit. Jadinya tak ada lah keliru, sampul ni dah masukkan duit ataupun tidak. 

- Aku guna kertas merah untuk asingkan yang mana dah masukkan duit ataupun tidak.

7) Last step. Settle ja ke semua sampul dan masukkan duit then calculate lah untuk tatapan korang. 

- Aku settle RM 1 - RM 10, dan 2 hari seminggu aku pick. Jadinya 5 hari dalam 2 minggu setengah, aku saving total RM 55. 

 ** 2 minggu setengah RM 55. 26.12.2021, aku akan ada saving RM 1,100. Jadilah kan daripada tiada langsung. 


    Then simpan bebaik dekat tempat yang selamat. Tempat yang senang untuk kita cari dan susah untuk orang lain. :)

    Done ! Jelas tak ??  Harapnya explaination aku ni dapat buat korang paham dan senang untuk korang saving cash. InsyaAllah. Ada usaha, disiplin dan konsisten, InsyaAllah menjadi dan boleh korang saving walaupun sedikit lama-lama jadi bukit. Kan ?? :) Kalau tak paham, boleh komen ye. Dan InsyaAllah aku akan cuba explain lagi sampai korang paham. 

## Tips: Kalau korang nak saving RM 1 - RM100, better pick seminggu sekali. Sebab korang saving jumlah yang tinggi. Kalau korang nak saving RM1 - RM50, boleh buat both sama ada sekali seminggu atau 2 kali seminggu. It depends setakat mana korang mampu. 

JANGAN PAKSA DIRI KALAU TAK BOLEH NAK SAVING JUMLAH YANG BANYAK !! NANTI NAK SAVING JADI SEKEJAP !! KALAU DAH STABIL UNTUK JANGKA MASA YANG LAMA, YES YOU CAN !!! KALAU TAK, JANGAN !!

Selamat Mencuba !!! 



Blogger https://safinatunhusna.blogspot.com/ said...

Semoga bermanfaat ! :)

 

Post a Comment


Thanks for reading. Lot of Love.