Husna Hassan
refresh profile linkies




Assalammulaikum and Hi there ! Welcome to my unprivate diary. Wish your day fine as you hope. Husna here ! Nice to meet you. Do follow me later I will follow you back. Be nice here ! Just respect me if you want me to respect you back :)
Hate my blog ? I DON'T CARE !


TUNANG
KAHWIN
SAVING RM10,000
BERAT 60KG
KERETA



ALHAMDULILLAH. REZEKI YG DATANG, TAK SIAPA YG SANGKA.


"Yakinlah REZEKI itu JAMINAN ALLAH"



    Hai guys. Alhamdulillah Allah masih beri kesihatan yg baik untuk kita terus bertaqwa kepadaNYA dan masih dipanjangkan umur sampai ke saat ini. 

    As you know, aku ni bila free ja nak boleh karang ayat2 panjang pun cenggini. Memandangkan harini cuti dan jugak terlibat dengan PKP fasa 2, so haaa apa lagi boleh buat ?? Mampu duduk di rumah dan mengenang nasib sebagai anak perantauan. Nak balik kampung pun tak berani haa. Risauuuuuuu. Sebab kita pun taktau badan kita okay ataupun tidak. Jadinya yg mana terlibat dengan PKP as me, please take care yourself and stay at home kalau takdak ada tujuan untuk keluar. Sebab kita taktau, kita ni okay ataupun tidak. Jangan disebabkan kita, orang lain kena especially our parents. Takkan nak parents kita terlibat dgn COVID ni yg berpunca daripada kita ? Mestilah tak kan ? Jadinya, kita jaga diri kita dan jangan kita ni punca orang lain terlibat dan terkena. 

    Harini, aku nak continue yg mana terstop post yg lepas. Post yg terstop tu dan apa kaitan dengan post aku kalini "ABOUT REZEKI" ? Haa, before aku sambung, meh buka post ni dulu, baru hampa akan paham apa kaitan post yg lepas dengan post kalini. TEKAN SINI ! Dah tekan ?? Haa baca dulu post tu, nanti masuk post sini pulak ye. :)

    Apa kaitan nya ?? Haa kaitan nyaaa dimana, lepas aku berhenti kerja di company bahagian Sales and  Marketing Department tu, setiap hari aku google, masuk Facebook, masuk fast job, job street dan macam2 lagi lah untuk cari kerja baru. Memang struggle gila wehh sementara nak dapat tu. Puas aku klik2 yg mana dekat jobstreet dan yg dekat fast job. Then mampu bersabar jelahh kann tunggu panggilan interview. Then, agak lama aku penganggur, ada memebr aku jadi agent AISKRIM AROIDEE. 

Ni lah AISKRIM AROIDEE. 

        Dan aku pun ws dia, nak jadi dropship. Jadilah dropship dalam 2 minggu macamtu kot sebab stock takdak dan kawan aku pun dah dapat kerja lain. Jadi dropship sekali pakat dengan adik aku. Adik aku amik kos cod aku amik untung daripada aku jual aiskrim ni. Jadi fair and square lah, sama2 dapat sebab adik aku meneman aku g COD area rumah. 

    Dah aku stop dari jual aiskrim ni, kawan aku yg lain ajak aku pergi interview kilang as operator. Nak kerja situ pun banyak jugak halangan daripada abang aku sebab dia tak suka aku jadi operator kilang sebab yelahh operator kilang kann, 12jam kerja dan hang akan tidur dalam 4jam macamtu sahaja setiap hari. Jadinya dia taknak lah aku penat kerja di situ. Tapi tulahhh aku pi jugak, masa pergi interview tu boyfriend ku teman. Sebab dia tahu sikit jalan nak ke kilang aku tu. Pergi jam 10pg balik jam 4ptg untuk interview sahaja, memang banyak orang lah cerita nyaa. Masa interview tu aku jumpa seorang kawan aku yg pernah kerja sekali dgn aku sebelum ni. Aku pun macam ehhhhh hang mai interview jugak. Dan tegur2 sekejap lepastu dia balik. Aku masih di interview. Habis interview, okay HR tu cakap "Nanti 17/6, u datang kerja begini2 bagai2" Aku pun haa baiklahhh. Aku kerja kilang as operator tu seminggu sahaja. Sebab ??

    Haa ini lahh baru masuk intipati tajuk posting harini. Hahahaha. Panjang ye introduction aku. Takpa, baca jeee kalau hampa nak tau cerita daripada A sampai Z. Apa yg aku nak maksud kan dengan rezeki yang aku dapat after aku penganggur nak dekat sebulan. Makan tidur game repeat, makan tidur game repeat. Haa ini lahhhh. 

    Kalau baca dari awal, ada aku mention aku berjobstreet, berfastjob bagai2 ni, rezeki aku Alhamdulillah aku pun tak sangka2 sampai sekarang. Setiap kali jumpa orang baru atau saudara mara aku, mesti tanya kerja apa, dan macam mana dapat kerja tu. Dan sampai sekarang aku taktau macam mana aku boleh dapat kerja yang macam sekarang aku kerja. Taktau nak explain macam mana. Cuma aku boleh cakap "Entah lahhh. Taktau macam mana boleh dapat kerja ni macam mana. Sebab cari dekat fast job, dekat jobstreet takdak pun Husna minta kerja ni dan dengan company ni. Cuma boleh cakap maybe ni rezeki Husna" Hampa baca ayat aku pun hampa dah paham kan bagaimana Allah hadirkan rezeki ni untuk aku. 

    Aku nak mention sekarang ni, aku dapat kerja yg aku kerja skrg ni sebab nya dengan secara tiba2 ada orang whatsApps aku gayanya mcm HR lah kot kan. Tetiba dia ws, Nurul Safinatun Husna, sila datang interview sebagai Customer Service T**, di Georgtown, Pulau Pinang pada 24/6, boleh datang interview gini2 bagai2. Masa aku dapat ws tu, aku baru balik kerja daripada kilang tu. Then bila aku baca ws tu, aku jadi macam "Aduhhh macam mana ni, dah kerja kilang tapi dapat pulak kerja ni". Elok aku baca ws tu, aku terus g bilik mak aku bagitau benda ni. And then, dok tak dok, orang yg ws aku, terus call aku. Aku pun serba salah nak jawab, lepas jawab bagai2. Terus jadi, macam pening kepala, excited dan segala macam lagi. Kebetulan pulak kerja kilang tu aku cuti 2 hari, jadinya sempat lah aku nak buat preparation untuk pergi interview tu. 23/6 aku terus g kilang tu dan hantar notis berhenti kerja 24jam. 

    Tiba masa aku interview tu, memang harapan rendah gilaa sbb company yg besar, 1 Semenanjung guna service tu. Sebab dia ada calculation, kena pandai english, kena pandai tackle customer dan kena pandai bercakap. Yelahhh sebab customer service kan. Then aku pun okelah, cuba nasib. Ada rezeki, ada lah. Kalau takdak, kita cari job lain. Masa interview, orang tu cakap dalam 3 hari tempoh kita akan bagitau anda terpilih ataupun tidak. Tunggu punya tunggu samapi 3 hari, takdak berita apa2, mak ayah aku dah marah bagai2 sebab aku berhenti kerja kilang tu. Then tak ingat berapa haribulan tetiba terima ws, "Tahniah Nurul Safinatun Husna, anda diterima kerja sebagai Customer Service Executive T**. Sila datang ke Wisma T**, Georgetown, Pulau Pinang pada 6/7/2020" Dia punya excited tulahhhh, Alhamdulillah. Allah dah permudahan segala urusan aku. 

    Dan sampai sekarang, masih bekerja lagi. Alhamdulillah dah 6 bulan aku bekerja di company tu. Doakan aku, aku bertahan kerja sebagai Customer Service ni. Sebab nilah kerja pertama aku selepas aku bekerja di bahagian Sales And Marketing. Kalau orang tanya, macam mana aku dapat kerja dengan company besar macamtu, aku pun taktau nak explain macam mana. Sebabnya, lepas aku dapat ws yg suruh aku datang nterview tu, aku cari dekat jobstreet, fastjob, benda tu takdak. Aku taktau mai daripada mana, atau aku ada tersalah pandang mana2. Aku pun tak pasti dan tak tau. Cumanya, bila aku bagitau aku kerja di company ni, ramai orang cakap. "Uishhhh, company besar tu. Kira hebat lah dapat kerja di company tu walaupun sebagai customer service. Kerja lah baik2. Susah nak dapat kerja dekat company tu". InsyaAllah, doakan aku supaya bertahan kerja bahagian customer service ni. 

    Cuma disini aku nak cakap, rezeki Allah nak bagi tu. kita taktau cara mana kita akan dapat. 

1. Ada setengah orang pakai orang dalam, rezeki dia jugak sebab senang nak dapat kerja. 
2. Ada setengah orang, struggle banyak2 kali. Pergi interview company yg sama bila ada vacancy, di reject banyak kali. At last dia dapat jugak kerja tu. Sebab nampak effort dia betul2 nak kerja dekat company tu. 
3. Ada setengah orang, rezeki dia tetiba Allah nak bagi. Yaa, dia dapat kerja tu tanpa dia tahu kenapa dan mengapa.
4. Ada setengah orang, sebab dia betul2 mencari kerja. Effort dia ke hulu, ke hilir, click sini, click situ untuk dapat kerja. 

    Semua dah tertulis. Semua ada rezeki masing2. Cuma kita saja sebagai hamba DIA, kena keep on bersyukur. Ada orang terpaksa, kerja jauh dairpada family. Ada setengah orang, kerja dekat gila dengan rumah dia. Walaupun gaji tinggi ataupun rendah, kerja jauh ataupun dekat, kena tetaplah bersyukur. Allah adalah sebaik2 Perancang dan Penentu. Kita hanya merancang, Allah penentu segalaNya. Kita menentu, dan Allah jugak merancang untuk kita. Kita takkan dapat menentu sesuatu tanpa bantuan daripada Allah, sebab Allah yg gerakkan hati kita untuk buat yg sedemikian. 

    Siapa yg berusaha, dia yg dapat. Usaha kan tangga kejayaan. Nak berjaya, kena struggle. Habis struggle sangat2, baru kita redha pada Allah. Okayyy. 

Nasihat aku, "Pada yg belum dapat kerja atau masih mencari kerja, aku doakan Semoga urusan kalian dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Rezeki Allah nak bagi, takdak siapa tahu. Mungkin yg masih tercari2 kerja dan masih tak jumpa2, kemungkinan Allah nak hampa jaga makan minum family. Mana yg dah ada kerja tu, please kerja yg baik2. Setiap pekerjaan ada dugaan tersendiri. Cuma atas diri kita, nak bertahan atau apa. Semoga yg masih ada pekerjaan atau tengah ada kerja sekarang, hargai lahh. Sebab ramai lagi yg tengah struggle dengan hidup mereka untuk mencari kerja"



Post a Comment


Thanks for reading. Lot of Love.