Husna Hassan
refresh profile linkies




Assalammulaikum and Hi there ! Welcome to my unprivate diary. Wish your day fine as you hope. Husna here ! Nice to meet you. Do follow me later I will follow you back. Be nice here ! Just respect me if you want me to respect you back :)
Hate my blog ? I DON'T CARE !


TUNANG
KAHWIN
SAVING RM10,000
BERAT 60KG
KERETA



Pengalaman Kerja Sales and Marketing Department.

 



    Hi dan Assalammualaikum. Aduhaii lama nauu tak masuk blog ni sebab takda masa geng nak masuk sekali2 bercerita. Harini disebabkan bosan dan ada masa free, so aku pun masuk lah blog ni walaupun aku tahu takkan ada orang yg nak baca tapi nak post jugak nak bercerita jugak walaupun sekali lagi, maybe setahun sekali sahaja aku masuk. InsyaAllah lepasni akan keep on masuk dan bercerita. Kadang tak tahu nak luah dekat siapa, dekat sini lah luahan nyaa. Walaupun tahu takdak orang baca, tapi kalau ada orang baca, extra untuk aku. hahahaha.

    As you know, kalau2 yang kenal aku dan tahu kisah aku, dulu after graduated ngam2 2 bulan lepas tu aku dapat kerja bahagian Sales And Marketing dekat2 dengan rumah aku. Tapi tak ada lah dekat mana pun, dalam setengah jam (ikut cara pemanduan) gitu sampai lah tempat kerjanya. 

    Nak dijadikan cerita yaa, aku kerja di situ sebab aku suka actually bahagian Sales and Marketing sebab aku mata duitan hahahah cehh tak ada lahh. Aku suka sebab kerja sales ni lah actually paling senang nak dapat gaji yang banyak. Sales kau RM 10000, kau dapat komisen RM 300. Siapa ja taknak ? Cuma yang susahnya macam mana nak tarik customer untuk beli kau punya prooduct. Kalau dulu aku masa internship, senang wehh nak dapat sale. Seingat aku 2 bulan aku internship aku buat sale RM 125,000. Kau rasa ? Hahahaha. Achivement paling membanggakan tapi tulahh di sebabkan internship, elaun aku hanya RM500, cuba bayangkan kalau sale RM10000, dapat komisen RM300, dan aku buat sale RM125,000, tak ke komisen dapat RM3750 untuk dua bulan. Kaya tak kaya ? hahahha. Tapi untung nya masa aku internship, supervisor aku handle bahagian advertising dan aku cuma marketing and buat sale. Sebab itu senang nak dapat sale banyak gitu. 

    Masa internship, media yang aku guna untuk marketing atau promot adalah sosial media sahaja iaitu Facebook, Whatsapp dan Instagram. Memang masuk ja kerja tu, buka laptop dan start marketing dan cari sale daripada mai kerja, sampai balik. Kadang tu sampai ke malam lah, yelahh sebab customer tak tentu waktu bila dia akan cari kita. So, kerja sales and marketing memang kena get ready and be tough. 

    Ok done, cerita masa aku internship bahagian sale. Now, aku nak cerita pengalaman kerja bahagian sales and marketing after aku graduated. Nak di jadikan cerita, kenapa aku suka kerja bahagian sales and marketing sebab ini lah. Sebab hang akan focus dan 24jam dengan handphone. Dan benda tu kan senang, setiap hari kita ni ngadap handphone haa. 

    Real kerja bahagian Sales and Marketing memang 360 darjah berbeza masa aku internship. Sangat wehh !! Aku kerja balik bahagian itu sebab aku yakin yang aku boleh achive sale masa aku internship tapi tulahh disebabkan terlalu yakin lah, aku kecundang. Last aku tarik diri daripada buat sales dan aku hanya kerja di syarikat tu hanya 6 bulan. Sebab apa aku stop ? 

1. PKP

- sebab PKP ni lah banyak customer aku lari sebab budget tak ada nak beli dan sales aku menurun daripada 9k kepada bawah 5k. Dia punya stress tu kalau boleh nak nangis selalu nuu. 

2. Tak achive target

- Dalam banyak2 department dalam company yang jual product, bahagian sales and marketing lah ibarat nyawa untuk depa berkembang dan naik atas. Kalau tak boleh buat sales atau tak achive target, memang depa akan buang atau cari alternatif lain untuk elak daripada buang pekerja. Ikut pengalman aku, depa cari alternatif lain daripada buang pekerja adalah dengan jadikan aku ni sebagai agent atau dropship sahaja, maksudnya kalau aku buat sales, ya aku dapat komisen. Bila jadi agent atau dropship, kan tak ada gaji basic. So, sepanjang 2 bulan aku makan komisen sahaja. Tapi itu pun, kadang tak sampai RM200 pun sebulan aku dapat. Dan aku bekerja hanya di rumah. Nak salahkan company pun tak boleh, nak salahkan diri ni mungkin lah sebab tak pandai cari customer atau buat sale. 

3. Ayah

- Selepas aku jadi agent selama 2 bulan tu, tetiba company call suruh aku masuk kerja balik. Harini call, dan esok tu terus suruh aku masuk ofis. Esoknya aku masuk ofis, dengar2 khabar angin, orang yang baru masuk ofis balik after kerja dari rumah akan dibuang kerja. Haaaa, kau rasa ? Tak ke rasa dipermainkan atau dipergunakan atau diberi harapan palsu ? Aku masuk ofis dalam 3 hari macamtu, then aku cerita dekat family aku. Dan family aku especially ayah aku suruh aku buat surat berenti kerja notis 24jam sebab dia rasa anak dia dipermainkan. Aku dah cuba slowtalk dengan ayah aku tetapi ayah aku tetap suruh aku berenti. Dia punya sayang nak berenti tulahhh tinggi tapi tulahhh family kan. Nak sedapkan hati, ada hikmah disebalik semuanya. Esok nya aku pergi kerja, aku hantar notis 24jam. 

    Nak kerja bahagian Sales and Marketing memang sangat2 best. Pengalaman yang tak dapat aku lupa macam mana kerja bahagian sales, macam mana struggle nya nak cari customer, nak tarik customer dan percaya kan depa, nak buat depa repeat order, nak buat mereka bayar untuk aku achieve daily target. Kena keep on belajar how and how and how. Tak semua customer perangai nya sama, tak semua customer perangainya senang handle, ada yang sangatt complicated, bagi harapan palsu, macam2 lagi lahh. Tapi seronok bila customer buat pembayaran. hahahahahha. Senyum tu sampai ke telinga. Sampaikan punya syiok handle customer sampai lewat malam lah baru lena. 

    Yang mana still kerja bahagian sales and marketing, aku doakan semoga selalu achive target dan dapat komisen banyak2. Yang mana baru nak start kerja tu, please make sure hati tu kental, get ready dengan segala SOP company, keep on belajar macam nak attract customer dan bagai2 lagi lahh. Berdasarkan story aku ni, aku harap ada lah sedikit2 info dan tips yang hampa boleh amik nohh. Takdak lah tips mana pun tapi more kepada share pengalaman ja. Yang mana baik, amik. Yang mana tak baik, jangan amik. 

    Sambunggg !! Bila aku stress sebab dengar company nak buang pekeja tu, aku cerita dengan ramai lah member aku yang senasib dengan aku yang kena buang atau berenti lagi awai dari aku. Banyak juga yang bagi aku semangat, yang paham keadaan aku, jadi good listener. Thank you Geng !!! Yang paling aku ingat, aku cerita dekat seorang kawan ni, dia marah aku. ahhahahahah. Dia cakap aku bodoh sebab tahu kerja ni kena achive target tapi still kerja. Bila aku cakap aku dah berenti kerja ni, dia cakap "HAAA BAGUS LAHHH. LEPASNI KALAU KAU KERJA LAGI BAHAGIAN SALES BODOH NI KAU SIAP KAU. LUBANG CACING AKU CARI." hahahahhah. Ayat marah sangat kan ?

    After aku berenti kerja bahagian Sales ad Marketing tu yang lepasni aku rasa aku takkan kerja dah bahagian ni, aku dapat kerja baru dalam tempoh tak sampai sebulan. Alhamdulillah. Ini semua berkat doa daripada family aku, kawan2 dan buah hati aku. Hihi. Bila kita berani cahut cabaran, adapt dengan semua apa yang terjadi, Allah permudahkan urusan kita. Percaya tak percaya, itu lah yang terjadi dalam diri aku. Alhamdulillah. 

    Next story, aku akan cerita macam mana life aku selepas aku stop kerja bahagian Sales and Marketingg ni. Keajaiban yang berlaku, takdak siapa yang tahu kecuali Allah swt. 

    INGATT !!!!!!!! SEMUA PERKARA YANG BERLAKU ADA HIKMAH NYAA. ASSALAMMUALAIKUM.




Post a Comment


Thanks for reading. Lot of Love.