Husna Hassan
refresh profile linkies




Assalammulaikum and Hi there ! Welcome to my unprivate diary. Wish your day fine as you hope. Husna here ! Nice to meet you. Do follow me later I will follow you back. Be nice here ! Just respect me if you want me to respect you back :)
Hate my blog ? I DON'T CARE !


TUNANG
KAHWIN
SAVING RM10,000
BERAT 60KG
KERETA



FAMILY HAPPY, AKU ORANG PERTAMA PALING BAHAGIA !

     As we know, right now all states in Malaysia tak boleh rentas negeri hingga selepas Aidilfitri kan ?? So aku dengan family aku sudah lama gilaaaa tak balik kampung start bulan 1 bila mana PM umum Penang and Kedah is under PKP. Nama pun PKP memang ketat gila lah nak boleh rentas negeri. Aku yang duduk di Penang pun tidak lah balik kampung selama sebulan lebih walaupun kerja aku boleh je kalau nak rentas negeri. Disebabkan PKP lah aku tak balik kampung. Bila PKPB baru aku berani nak balik. 

    Jadinya last PM umum PKPB bagi Penang and Kedah baru aku kerap balik kampung bila aku dapat cuti gabung 2 hari. Kalau PM tak umum PKPB, memang tidak jugak lah aku kerap nak balik kampung. Kalau aku yang jauh dengan family ni sebulan lebih tak jumpa pun aku dah susah hati, rindu gilaaaa dah apatah lagi family aku kan especially mak aku. Walaupun rumah tok aku dalam 20 minit ja sampai tapi disebabkan PKP, family aku tak berani nak pergi sebab Penang and Kedah. Penang rumah tok aku, Kedah rumah family aku. So, cemana nak pergi kan ? Kalau pergi pun polis suruh patah balik tak apa. Kalau dia saman yang 10k tu, mana nak robek duit ? Jenuh nak kena jual pulak, buah pinggang, hati, mata, hidung segala nyaa pulak. So, family aku pun tak pergi lah balik kampung nyaaa. 

    So, sekarang nak di jadikan cerita. Baru-baru ni aku balik Kedah, itu pun guna surat yang company bagi. Alhamdulillah setakat sekarang tak kena lagi lah saman ka polis tanya banyak-banyak ka apa. Sebab aku kerja yang kena 24jam ada. Customer service kan. Masa aku balik tu, aku singgah kejap rumah tok aku. Daripada aku berani rentas negeri tu dan sampai sekarang. Aku lah wakil bagi pihak family aku. Sebab aku boleh rentas negeri dan ada surat. So, apa-apa pun kalau nak kirim apa-apa, aku lah orang tengah nyaa. Aku tak mengeluh, tapi aku suka. Walaupun balik Kedah lepastu kena pi rumah tok aku hantar makanan atau barang apa-apa. Penat tu memang lah penat. Yelah sebab aku balik rumah sebab nak berehat tapi bila dah mak yang suruh, tak kan lah aku nak elak dan bagi alasan kan ? Kang jadi anak derhaka pulak. 

    Baru-baru ni aku balik Kedah, aku singgah kejap rumah tok aku sebab nak ambil barang yang maksu aku jual. So, maksu aku ada ceirta yang tok aku rindu gilaaaaa dekat mak aku. Yelahh ! Dalam banyak-banyak anak dia, mak aku jelah yang di Kedah. Anak-anak yang lain semua dok area-area Penang dekat-dekat dengan rumah tok aku. Start daripada bulan 1 sampai lah bulan 4 ni, jadinya 4 bulan anak tak bertemu dengan mak, dan mak tak bertemu dengan anak. Gila tak rindu ! Kalau aku tu kaaa rindu gilaaa wehhh. Dan maksu aku pun cakap yang tok aku tak sihat, bengkak lutut-lutut segala bagai. Then aku sampai je rumah aku, terus aku sembang- sembang dengan mak ayah aku. So, aku cerita lah dekat mak aku yang tok aku gini-gini-gini teruslah teringat si mak aku ni pun.

    Aku balik Kedah baru-baru ni pun, aku takdak bagitau dekat mak aku pun. Selalu aku bagitau. So, kalini konon nak buat surprise lahh. Konon !! Padahal cuti sehari ja pun. Bukan 2 hari. Nak dijadikan cerita, mak aku dok teringat sangat dekat tok aku Aku pun ajak lah mak aku pi tengok mak dia. Lepas rindu. Awalnya berbelah bahagi jugak. Dan bila aku cakap, kalini ja aku balik before puasa. So, mak aku pun haa berani lah dia. 

    Dia punya excited tulahhh, Allah aku jadi sebak. Yelah sebab aku je yang mak aku nampak yang boleh tolong dia jumpa mak dia. Siap nak berkelah bagai-bagai wehh ! Sebab selama 4 bulan dia tak jumpa mak dia, dia hanya mampu tengok je gambar yang adik beradik dia pos dekat group ws yang depa berkelah ramai-ramai. Tapi masa bincang-bincang nak pi tu, dok tagak-tagak juga risau tak lepas. Aku decided macam nak rentas gitu aje. Takyah surat-surat bagai. Tapi dah disebabkan aku bawak mak aku, kalau kena saman, 20k wehh. Kalau aku seorang tak apa. 

    So esok pagi tu, g lah beli barang-barang nak masak dekat rumah mak dia. Lepas g beli, g balai polis buat surat rentas negeri. Aku cakap dekat mak aku, kalau tak lepas, kita rentas jelah tanpa surat. Jangan risau, aku ada alasan nak bagi tau polis. Sebab memang betul niat aku nak bagi mak aku jumpa mak dia. Alhamdulillah, g buat surat tuu, polis tak tanya apa-apa. Allah mudahkan wehh urusan mak aku nak jumpa mak dia setelah 4 bulan tak jumpa. Aku ni Allah paling bahagia ! Paling happy ! Paling seronok wehh ! Muka mak aku memang ceria gilaaaaa. Tengah menaip ni pun aku masih terbayang lagi muka happy, syiok mak aku. Dalam hati aku cakap, mak happy Husna lah orang paling bahagia. 

    Aku ni bukan anak yang baik. Aku akui semua tu. Sebab aku ni luar je nampak macam baik sebab Allah masih tutup aib aku. Terima kasih Ya Allah ! 

    Jadinya sampai je rumah tok aku, aku dah pesan dekat mak aku. Haa stg jangan dok pi reyau lakk. Mak aku renyeh-renyeh padahal mata dah berkelip-kelip tahan ayiaq mata daripada turun. Sampai tu, aku angkat barang, aku terus g dapur letak barang. Mak aku menyusul belakang. Dah letak barang tu, aku nampak mata mak aku merah, muka merah. Tahan sebak. Sebab aku tahu, mak aku pura-pura kuat depan orang padahal hati sebak gilaaaa. Aku nampak macamtu, terus aku doa. "Terima kasih Ya Allah sebab permudahkan urusan aku untuk aku bantu mak aku jumpa mak dia setelah lama tak berjumpa. Mak ! Kak lah orang paling bahagi ! Kak orang yang paling happy ! Kak orang yang paling bersyukur sebab Allah hantar akak untuk balik Kedah untuk bantu mak jumpa tok." 

    Wehhh berayiaq mata wehhh dok taip ni pun. Mak aku dok ulang ayat yang sama daripada aku bawak dia, sampai lah aku balik. Dok ulang ayat, "Allah gerak hang balik sebab Allah nak hang bawak mak jumpa tok. Kalau hang tak balik, haa taktau lah bila nak boleh jumpa tok hang". Sebab ayah aku tak berani dan mak aku tak harap lagi adik aku bawak kereta jejauh. So, aku lah yang mak aku nampak yang boleh harap yang boleh tolong dia jumpa mak dia. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat sebab Allah dah atur segala nya baik sangat, lancar gilaaa. Planning tak gaduh lama pun, dalam beberapa minit jaa, benda tu jadi. Alhamdulillah terima kasih Allah !

    MAK SATU JE ! KALAU TAKDAK MAK, TAKDAK DAH PENGGANTI ! KALAU ADA PUN, TAK SAMA MACAM MAK KANDUNG SENDIRI. LAIN DAH ! 100%  LAIN ! AS LONG KITA MAMPU BUAT MAK AYAH KITA HAPPY, KITA CUBA SEHABIS BAIK ! KITA CUBA SEMAMPU YANG BOLEH ! SEBAB MAK HAPPY, MAK BAHAGIA, ALLAH CATAT PAHALA KITA ! DALAM BANYAK-BANYAK PERKARA, DAHULUKAN MAK DAHULUKAN AYAH DAHULUKAN FAMILY , AFTER THAT BARU FIKIR ORANG LAIN !



Post a Comment


Thanks for reading. Lot of Love.