Husna Hassan
refresh profile linkies




Assalammulaikum and Hi there ! Welcome to my unprivate diary. Wish your day fine as you hope. Husna here ! Nice to meet you. Do follow me later I will follow you back. Be nice here ! Just respect me if you want me to respect you back :)
Hate my blog ? I DON'T CARE !


TUNANG
KAHWIN
SAVING RM10,000
BERAT 60KG
KERETA



CARA SAVING CASH PART III !


Come here and read this !!

    Post-post yg lepas, aku dah pernah share pasal 2 post berkaitan cara saving dengan cash atau duit di tanga without masuk bank. Kalini part III pun, benda yg sama jugak cuma cara sahaja yang berbeza. Post pertama, aku share post cara menggunakan tarikh yang tertentu bedasarkan pilihan kita. Boleh tengok (pos ni) , then part kedua dengan cara menggunakan setiap tarikh yang ada dalam setiap bulan. Boleh tengok (pos ni jugak). Kalau tak faham, boleh komen di raung komen. Dan aku akan explain bagi hampa paham. 

    Kalini part III pulak, caranya sangat berbeza. Macam posting pertama dan kedua macam lebih kurang sebab ikut tarikh atau kaledar. Part III, aku nak share cara saving menggunakan perbezaan duit. Haa cemana tu ? Actually benda ni dah lama dah orang buat cuma tak semua orang tahu atau terdedah dengan benda ni. So izinkan aku share dengan hampa naaa. 

    Barang yang kita perlu;

        1. Tabung 

            - Of course lah tabung sangat penting dalamcash saving. Kalau tak ada tabung macam mana kita nak simpan duit kita. Yedak ? Tabung yang macam mana ? Cara ni sangat-sangat penting adalah tabung, main lahhh, yang paling utama. 



                - Kedua-dua tabung di atas sangat penting sebab kalini kita nak saving dengan menggunakan perbezaan duit atau warna. Benda ni senang je nak dapat, banyak kedai dah jual tabung yang macamni. 


            - Tapi kalau tak ada, guna botol mineral atau balang kuih raya macam dalam gambar ni.

    2. Cara nyaa;

        - Cara nya depend on macam mana hampa nak saving. Aku bagi beberapa contoh yang boleh bantu hampa make a choice, cara mana yang senang dan mudah untuk hampa saving tanpa pening- pening.

            i. Ikut jumlah duit yang ada dalam dompet hampa. Tapi jangan lah kesemua duit ada dalam dompet tu nak masukkan. Contoh, harini terdetik nak saving RM20 (warna oren). Kalau dalam dompet ada RM20, haa masukkan dalam tabung. Kalau tak ada, takpa. Then esoknya terdetik nak saving RM5. Ada ja dalam dompet RM5 (warna hijau), terus masakkan kesemua RM5 (warna hijau)  dalam tabung. 

           ii. Ikut genap dan ganjil. Haaa ni cara senang dan mudah untuk hampa pilih. Contoh, hari Isnin korang saving RM1 atau RM5, Selasa pulak korang saving RM10/RM20. Ganjil genap kan ? Kalau misal kata harini Isnin hampa takdak RM1 atau RM5, ok takyah saving hari tu. Then Selasa hampa ada RM10 atau RM20, ambil masukkan dalam tabung. Ulang-ulang benda tu sampai lah hampa dah capai target hampa. Kalau setiap hari ada benda tu, so setiap hari lah hampa akan masukkan dalam tabung hampa. 

            iii. Guna RM20 dan RM5. Cara ni, cara senang jugak untuk hampa pilih. Sebabnyaa, setiap kali dalam dompet ada duit RM20 atau RM5, terus masukkan dalam tabung saving hampa. Sebab apa pulak RM5 dan RM20 saja ? Sebab kedua note ni, susah nak dapat. So once dah dapat, terus takyah teragak-agak, takyah pening-pening, terus masukkan dalam tabung. 

Ok done !! Mana yang senang untuk hampa, follow lah ye ! Untuk masa depan hampa juga. Selamat Menabung !




Post a Comment


Thanks for reading. Lot of Love.