Husna Hassan
refresh profile linkies




Assalammulaikum and Hi there ! Welcome to my unprivate diary. Wish your day fine as you hope. Husna here ! Nice to meet you. Do follow me later I will follow you back. Be nice here ! Just respect me if you want me to respect you back :)
Hate my blog ? I DON'T CARE !


TUNANG
KAHWIN
SAVING RM10,000
BERAT 60KG
KERETA



MOMENTS DEGREE DI UNIMAP

 

PINTU GERBANG UNIMAP

    Kepada yang membaca profile aku di blog ni, akan tahu lah aku belajar degree di UniMAP ni as BB of Engineering Entrepreneurship tahun 2016 hingga 2019. Yang mana degree di sini hanya ada course engineering dan bisnes sahaja. Dulu sebelum tahun 2014, di UniMAP hanya ada course engineering dan pada tahun 2014 baru diwujudkan course binsnes itu pun tak banyak hanya 2 course sahaja iaitu International Business (Perniagaan Antarabangsa) dan Engineering Entrepreneurship (Keusahaan Kejuruteraan).  

    Kalau inetrnational bisnes aku taktau apa yang diorang belajar. Hanya aku tahu course engineering entrepreneurship sahaja. Yang aku tahu course ni 30% engineering dan lagi 70% about bisnes like management untuk seseorang usahawan. Bisnes kan banyak cabang kita boleh bekerja. So aku belajar HR (Human Resources), RM (Research Management), Economic, Business Mathematic (more kepada Add Math), Entrepreneurship, Marketing, Manufacturing Engineering, Intro to Engineering and macam2 lagi lahhh. Course bisnes hanya 3 tahun belajar dan course engineering 4 tahun. 

    Kalini aku saja nak update share posting moment sepanjang aku di UniMAP supaya nanti aku takde lah lupa kalau2 dah kahwin bagai. So bila bukak balik blog ni, kan dah boleh senyum sorang2 teringat apa yang jadi sepanjang aku belajar di UniMAP.

    Nak dijadikan cerita aku taktau langsung kata wujud UniMAP sbb tak terdedah kan. Yang kita tahu universiti yang top-top macam UIA, UKM, UPNM, UPSI, UUM, UM, USM. Masa isi upu UniMAP ni lah paling last sekali aku letak, then kena pilih lah sama ada nak perniagaan antarabangsa atau keusahawanan kejuruteraan. So aku decided untuk amik EE (engineering entrepreneurship). Dah masa keputusan keluar tu, memang tepat course ni aku dapat. Nak kata bersyukur tak bersyukur jugak lahhh. Sebab course ni last aku isi dalam upu, dah tu course yang tak penah didengar orang dan universiti yang aku tak berapa nak tahu. Bersyukur lah jugak sebab UniMAP amik aku as student dia plus kalau UniMAP tak choose aku as depa punya student confirm aku takdak degree sampai sekarang. Alhamdulillah. 

    Start daripada aku sambung degree, first time aku jauh dengan family aku even hanya di Perlis, sebelah negeri jaa tapi tulah tetap jauh Daripada aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan sampai lah aku sambung form 6, aku belajar dekat2 dengan rumah aku ja. Start tahun 2016 lah pengalaman first aku jauh dengan family. Daripada situ lah aku kena belajar untuk berdikari without bantuan family except kawan baru yang daripada lain2 negeri dan daerah. 

    Memang hari first g daftar tu, Allah je tahu perasaan aku. Yelah. Masa tu kena adapt sendiri dengan suasana keadaan persekitaran dan sebagainya. Banyak aku belajar daripada berjauhan ni. Kalau hang tak mula bercakap, memang sampai ke sudah takkan jumpa kawan. Dah perangai aku pulak jenis tak reti nak mulakan dulu. So mau tak mau kena belajar lah bermula bercakap dengan orang. Takkan nak jadi kera perak sampai ke sudah. Tanya orang merata. Yelah sebab nama pun universiti kan, mesti lah besar . Dah tu masa nakpi daftar kena without family. Family tunggu di luar, kita kena settle sendiri. After settle semua baru boleh jumpa family untuk hantarkan barang masuk dalam kolej kediaman. Yahh, untung nya UniMAP sebab dia sediakan kolej kediaman. Tak gaduh cari rumah sewa. Duduk dalam kolej kediaman sampai dapat degree. Alhamduillah. Tak macam universiti lain. U lain ada yang duduk di kolej kediaman hanya untuk tahun pertama, ada yang dipilih ikut pointer, ada yang dipilih ikut uniform yang kita choose. Kalau tak ada semua tu, memang kena cari sendiri rumah sewa. Tapi yahh belajar di UniMAP, benefit dia boleh duduk dalam kolej kediaman hingga habis degree. 

    Let's start apa yang jadi masa first day aku di sana. Settle semua pendaftaran, kena masuk dewan untuk orientasi. Semua u ada orientasi ni. Ni lah last aku jumpa mak ayah aku before mak ayah aku balik rumah after hantar aku. Sebelum mak ayah balik, tengah kawal perasan last2 terabur jugak masa salam dan peluk mak ayah aku. Aduhaii. Sebab first time kan. Then masuk dewan, memang tak focus langsung. Yang dalam kepala, nak balik dan rindu mak ayah. Macam2 lah pikir like homesick gitu. Memang sorang2 wehh. Ada lah sorang yang aku kenal, dia pun jenis pendiam. Memang tak bercakap. Dah tak bercakap kita pun jadi pendiam sama lah . Bila dok diam saja tu lah yang macam2 pikiaq haaa. Yang lawak, masatu jugak lah ayiaq mata ni laju ja keluaq tauu. Sampai lah gambar kad pelajar, huduh yakmat dengan jaket size 3xl, muka baru lepas nangis. Overall macam orang baru bangun tidoq lahh. Masa kena panggil nama untuk tangkap gambar pelajar, mata ni dok kedip2 takmau bagi ayiaq mata keluar plus takmau bg orang perasan yang aku baru lepas nangis. 

    Sepanjang seminggu orientasi itu lah yang aku buat. Nangis nangis dan nangis. Agak bosan ja, agak diam jaa, mai lah perasaan pelik2 tuuu. Masa hari last orientasi tu, akan tukar kolej kediaman. Biasalah UniMAP kan. Perlis dalam UniMAP bukan UniMAP dalam Perlis. Sebabnyaa kolej kediaman, kelas untuk belajar bukan satu tempat. Kita akan pergi merata. Contoh mcm fakulti aku belajar di Kangar dan kolej kediaman aku di Sanglang. Memang naik bas lah nak ke mana pun. Then hari last orientasi tu kena kemas2 perkakas barang sendiri sebab nak kena tukar kediaman. Memang kena angkat sendiri lah daripada sebesar-besar bag luagagge baju tu hingga lah sekecil-kecil plastik baju kotor. Memang lenguh yakmat lahhh. Dah lah masa tu ada lif dan pakat berebut nak naik turun lif. Aku redha jelah naik turun guna tangga. Walaupun hanya 4 tingkat, tapi kalau dah sekali angkut dengan barang yang berat. Dapat rasa dak cemana ?? Memang habis sado lahh masatu. Mujoq jugak ada senior yang bantu angkat barang sikit2 naik bas. Tapi kalau dah sampai kolej kediaman yg dekat Sanglang tu, memang kena ikhtiar sendiri lahh. Memang tingkat 4 jugak lah naik turun tangga. Tambah kolej kediaman aku tu tak ada lif. Jadi kot mana pun kena naik tangga. Minta lah bantu kawan-kawan yang akan serumah sekali. Alhamdulillah sampai sekarang masih bercontact each other. Nanti aku cerita pasal kawan-kawan pulak. 

    Masa sampai je kolej baru tu, aku berhenti bawah tangga sekejap ambil nyawa tetiba ada satu hamba Allah ni, dia berhenti dan tanya aku "boleh angkat tak tu?", aku cakap "aa tulahhh", then dia balas "okay meh nak tolong. Rumah tingkat berapa ?", aku cakap "haa tiga. Takpa ka tu?", then dia cakap "aaa tak apa. Boleh je", dia amik luagagge aku, bapak laju gilaa dia naik tangga dah siap angkat luagagge. Tahu tak rupanyaa yang angkat tu housemate aku. Dan sebilik dengan aku. Bila aku terserempak dia dekat bilik, aku cakap "thanks tadi tolong angkatkan luagagge", then dia jadi blurrr. Maybe dia tak perasan muka aku kot. Buat nevermind. Tapi lama-lama bila bercerita balik, dia jenis tak suka tengok muka orang bila bercakap. No wonder lah dia tak kenal aku awal tu. 

    Ok done part I. Later sambung lagi untuk part kedua. Untuk sepanjang aku as student di sana. Banyak buruk baik aku dapat daripada sana. Semua ni pengalaman bagi aku. Yang mana baik, aku mmg bawak balik. Yang mana tak baik, aku tinggal dekat sana. Semua tu pun kenangan. 



Post a Comment


Thanks for reading. Lot of Love.