Husna Hassan
refresh profile linkies




Assalammulaikum and Hi there ! Welcome to my unprivate diary. Wish your day fine as you hope. Husna here ! Nice to meet you. Do follow me later I will follow you back. Be nice here ! Just respect me if you want me to respect you back :)
Hate my blog ? I DON'T CARE !


TUNANG
KAHWIN
SAVING RM10,000
BERAT 60KG
KERETA



Sungguh berat tapi kena kuat hadap.

     Continue..

    5 hari sebelum dia meninggal, doktor cakap nak tebuk leher dia sbb lama sgt dia tak sedarkan diri punca drpd kahak terlalu banyak menyebabkan dia tak boleh bernafas. Mintak kebenaran daripada mak aku, dan mak aku benarkan. 

    Keesokkan harinya, waktu tengah hari kami datang melawat, tengok leher ayah aku dah ditebuk but still guna alat bantuan pernafasan. Oksigen yg diberi sikit jelah compared daripada sebelum di tebuk leher. Tujuan utama tebuk leher, first untuk bagi ayah aku senang benafas, kedua untuk pihak nurse senang buang kahak, ketiga sbb ayah dah seminggu di icu tak sedarkan diri walaupun mereka dan tak bagi ubat tidur. Badan dia sangat-sangat lah lemah. Dia dengar orang cakap, tapi nak response contoh suruh dia angkat tangan, dia angkat dgn keadaan sangat-sangat lemah. 

    Hari ketiga, dia sedarkan diri dengan hasil tebukan dileher. Alhamdulillah. Kami datang melawat, panggil dia "ayah, kak mai ni".. dia kalih ke arah aku tp pandangan dia macam kosong. Like macam dia tengok kita dalam keadaan mata dia kabur dan gelap tp mata dia bukak. Tak tau lah apa yg dia tengok dan hadap masatu. Kita yg tengok dia, mcm tu lah cara dia. Then dengar nurse dia icu ckp, "pakcik dah nak kena masuk wad dah ni. Nanti boleh lah jaga dia di wad. Apa2 nanti kami akan telefon" Hati sangat-sangat gembira mastu sbb dah lama sgt dia di isu lebih kurang 2 minggu mcmtu. Kami as family dia langsung tak boleh sentuh atau belai dia masatu. Rindu yang teramat sangattttttt.

    Dua hari sebelum dia meninggal iaitu pada 7 haribulan, waktu ptg aku dgn mak aku datang melawat. Pergi ke bilik icu, baru nak sampai ke guard, tetiba nampak ayah aku dah ditolak keluar. Dalam hati ni perasaan bercampur baur. Happy dan on the same time sedih tengok keadaan dia mcmtu. So tanya guard, dia ckp "ohh, cik abu hasan dah di tolak ke wad".. 

    Dannn kami pun terus lah pergi di wad yg guard ckp tu. Sampai je di wad, ayah aku still dlm pantauan doktor dan nurse sbb masih bergantung kpd bantuan oksigen. Masa boleh nampak ayah aku dkt2 tu Allah, mmg betul2 sebak sgt sbb terlalu rindu empunya badan. Akhirnya boleh sentuh tangan, kaki, kepala, cium pipi dan dahi empunya badan. Allah je tahu perasaan mak ayah aku macam mana masatu. Tak dapat nak gambarkan kegembiraan dan on the same time ada juga sedih tngok keadaan dia. Dah lah kaki sakit, kena dialisis dan leher ditebuk. Kami husnuzon sbb buat semua ni nak bg ayah sihat dan boleh balik macam biasa.

    Masa nurse dok proses dia di atas katil tu, sambil2 aku usap kepala dia. Dia macam tak torah, dan aku bisik di telinga, "ayah lapar air ka?", dan dia angguk, aku ckp "haa okk. stg kak minta dkt nurse, nurse tgh sibuk skrg sbb ayah baru tolak masuk wad, ayah lena dulu nahh", dan dia pun pejam mata, lenaa berehat. Dia tak boleh cakap sbb hasil drpd dia tebuk tu, mmg risiko tak boleh cakap. Kalau nak boleh cakap balik tu, mungkin makan tahun. Dan kalau misal kata masatu umur dia panjang, dia akan bercakap dgn menutup lubang di leher tu baru suara boleh keluar. 

PART III.....



Post a Comment


Thanks for reading. Lot of Love.