Husna Hassan
refresh profile linkies




Assalammulaikum and Hi there ! Welcome to my unprivate diary. Wish your day fine as you hope. Husna here ! Nice to meet you. Do follow me later I will follow you back. Be nice here ! Just respect me if you want me to respect you back :)
Hate my blog ? I DON'T CARE !


TUNANG
KAHWIN
SAVING RM10,000
BERAT 60KG
KERETA



BUDGET FOR MY ENGAGEMENT

 

    Hi guys ! Today aku nak nak share about my engagement. Daripada sebelum, semasa dan selepas. On this topic aku nak share more kepada budget and story-mory sikit-sikit gituu. Plan nak tunang actually daripada tahun 2020 lagi, Tapi biasala kita hanya mampu merancang, Allah yg tentukan. Tapi collect duit lah untuk memeriahkan lagi majlis. Tahun 2020 aku dgn tunang aku baru je habis belajar, so kalau nak tunang on that year kena struggle lahh cari keja yg tetap dan terus simpan duit. But masatu bincang punya bincang, kami hold dulu sebab masatu tunang aku masih tak stabil dgn kerjanya. Then proceed utk tahun 2021, tapi masatu kan tengah pkp. So jadi macam sukar lah sikit sebab bapak tunang aku dok jauh, konon nya nak ada bapak nya sekali lah masa tunang tu. Then, tetiba bapak nya nak balik masa raya 2021, tapi tak jadi lagi lah tunangnya sebab planning apa pun takdak. Cuma family belah tunang aku datang untuk berkenalan dahulu dengan family aku plus beraya sekali lah. 
    
    And then tahun 2022, baru lah kita orang tunang. Alhamdulillah. Plan punya plan menjadi juga. Tapi bapaknya takdak masa hari pertunangan kami sebab bapaknya tak boleh cuti. So hantar wakil ajelahh. Alhamdulillah walaupun bapaknya jauh, tapi urusan dipermudahkan. Atleast bapaknya dah kenal keluarga sebelah aku. Semua berjalan dgn lancar. 

    Ok, sedikit mukadimah. Jom sambung pasal budget pulak. Budget tak banyak dan tak sikit. Sebab keluarga sebelah aku ramai dan aku pulak perempuan memang kena buat majlis bagi elok lah. Kang stg tak menjemput, ada pulak mulut berkata-kata. Lagi pula, aku memang nak majlis aku macam orang lain jugak. Biarlah struggle sikit but aku happy.
    
    Paling utama kena bincang antara sesama keluarga untuk tarikh majlisnya. Bincang punya bincang, kami decided untuk buat 26.8.2022 Hari Jumaat dan majlisnya selepas solat Jumaat. Semua smooth dan pihak lelak datang dalam pukul 3.30ptg mcmtu. 

    Jom sambung untuk budget. Budget majlis kami lebih kurang 2k mcmtu untuk kedua belah pihak lelaki dan perempuan. 

1. Makeup RM 70 

    Simple makeup jaa. Cuma nak naikkan seri masa majlis. Dan makeup ni pun asalnya nak suruh member aku makeupkan tp disebabkan dia busy so maksu aku lah makeupnya. Makeup biasa-biasa gutu lah dan dia bukan mua. Asalkan naik seri sudah lah. 

2. Pelamin RM 280
   
    Pakej pelamin daripada Maklong aku, anak kepada Tokcik aku. Plan asalnya aku nak order hat diy punya tapi ayah aku lah cakap, amik pakej daripada maklong aku. Support business adik beradik. So aku pun tempah ler daripada maklong aku. Bab-bab pelamin aku tak pandai so aku ikut budget aku bawah RM 300, so dapat lah begini. Pakejnya sekali bunga tangan, bantal dan charge transport. Malam sebelum majlis baru datang pasang.     

3. Cincin RM 324 (tunang)
 

    Cincin daripada Emas Affendi. Dalam banyak-banyak kedai emas yg di survey, Kedai Emas Affendi paling murah masatu. So budget tunang aku pun lepas lah. Budget RM 400 mcmtu. Alhamdulillah. Cincin ni kami beli masa bulan 3 rasanya. Haa awai kan ? Sbb plan asal nak tunang Mei 2022, dan ada masalah sikit masatu. Masa hari nak tunang tu, risau jaa cincin tak muat. :p

4. Hantaran RM 326 (L) dan RM 550 (P)

  
    Untuk part hantaran banyak sponsored. Kami cuma kelaurkan modal untuk barang besar ja. Bab manisan dan gubahan di sponsore oleh adik beradik. RM 326 tu tunang aku belikan kain telekung, RM 550 tu aku belikan tunang aku jam. Sebab dia nak sangat jam tu. So brg like benda dua jelah jam dan telekung. Yang lain semua manisan like coklat, kek, bahulu, roti jala, tepak sireh, puding, cheesetart dan ada lah lagii beberapa. Lupa dahh. Hantaran kami 9 pihak perempuan dan 7 pihak lelaki. 

5. Baju RM 26 (shopee), lace RM 69, shawl RM 10 untuk perempuan, baju lelaki RM 39 (bo) dan seluar RM89 (padini)


    For baju tunang aku, aku beli yg baju kosong je di shopee dan bila tengok kosong je baju tu, aku belilah di kedai yg jual lace. Mahal juga lace yg aku pilih hahahaha. Semeter RM 34, so 2 meter suku RM 69 hahahaha. Tak apa lah. Untuk diri sendiri juga. Kan ? Upah jahit lace, daripada makndak aku. Tapi tak kena bayaran, free sahaja. Shawl kosong beli di Lotus. Pakaian untuk tunang, takdak crown dan veil. So jadi kosong aje lah. 

    Baju kemeja lelaki di Brands Outlets (BO) dan seluar di Padini. Dan seluarnya sekarang sudah tak padan sebab dia dah gemuk hhahaha. Baju tunang aku still muat lagi. 

6. Fotographer takdak cuma tangkap gambar melalui handphone sahaja 

7. Makanan tetamu aku bagi ke mak aku RM 300 je dan selebihnya kalau tak cukup parents aku lah topup dan ada lah jiran-jiran, adik-beradik bawak sikit-sikit makanan untuk tetamu.

8. Inai disponsored oleh adik aku. Tak buat henna just guna inai celup sahaja.

    The End. Serba sikit je majlis tunang aku. Budget RM 2000 okelah. Tapi boleh je kalau nak cut lagi, like barang hantaran just buat manisan, manisan murah-murah ja harga. Then baju tunang untuk perempuan, total aku RM 105, korang boleh je beli yg siap sekali lace semua bawah RM 100 ada dahh. Pelamin pun boleh guna hat diy ada yg RM 150 atau cut cost maybe budget RM 250 ke bawah. Kena pandai pilih lahh. For makanan pulak, buat sikit-sikit je dan memadai. Aku, sebab family sebelah mak ayah aku dah ramai, memang labur banyak jugak lah lebih RM 500 rasanya plus minus duit mak ayah aku. 
 
    Andddddd itulah budget aku. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. And for my wedding pulak soon in this year also. Doakan semoga dipermudahkan urusan walaupun ada kekurangan dalam majlis aku nanti. 

    Al-fatihah untuk ayah aku. Semoga arwah tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg soleh dan beriman. Amin.. 


Post a Comment


Thanks for reading. Lot of Love.