Husna Hassan
refresh profile linkies




Assalammulaikum and Hi there ! Welcome to my unprivate diary. Wish your day fine as you hope. Husna here ! Nice to meet you. Do follow me later I will follow you back. Be nice here ! Just respect me if you want me to respect you back :)
Hate my blog ? I DON'T CARE !


TUNANG
KAHWIN
SAVING RM10,000
BERAT 60KG
KERETA



MOMENTS DEGREE IN UNIMAP PART III...


    'Life isn't about finding yourself, Life is about creating yourself", suka betul dengan ayat ni sebab ayat memang betul kena dengan diri aku sepanjang aku di universiti. Banyak benda aku belajar daripada tak tahu terus jadi tahu satu per satu benda yg baru. 
    
    Aku bukan lah orang yg pandai dan cerdik. Dalam adik beradik aku, aku lahh paling rasa tak berapa nak cerdik. Hat lain semua pandai-pandai. But Alhamdulillah dapat juga tittle Sarjana Muda dengan Kepujian setelah berhempas pulas selama 3 tahun di universiti. Aku sangat lah main-main masa belajar dulu. Boleh yeee esok tu exam, malam tu aku boleh main game sampai nangis-nangis. Haaaaa. Gila kan ? Esok tu exam kita pun barai ahhh apa lagi.

    Sepanjang di universiti, aku kenal bermacam-macam jeneh perangai orang, ada yg jeneh kata belakang, ada hat jeneh puji ada sebab, ada hat tak boleh nak buat melawak, ada hat sensitif dan bagai-bagai lagi lahh. Tapi mau takmau yelahh kawan jugak kan ? Sapa lagi hat boleh diharap kalau bukan kawan sbb parents semua dok jauh haaa.

    Aku nak share benda yg paling aku tak dapat lupa about exam. Masa tu exam Business Mathematic.


Inilah bukunya :p

    Fyi Business Mathematic ni lik Add Math. Cuba bayangkan lah, sepanjang aku sekolah aku tak pernah tauu amik add math, dahh tetiba masuk u kena amik add math as subject wajib lak tu. Hang rasa ? Hat dok belajar masa sekolah pun ada gak kecundang, apa tah lagi aku hat tak pernah belajar add math. :') Ok back to story, exam business math malam tu, tp not exam betul lahh, exam trial rasanya. Dan u aku ni selalu exam trial akan exam waktu malam. Then, masa di bilik exam tu sumpah aku blur blank rasa macam bodoh tak boleh nak brain langsung, rasa macam apa benda lahh soalan macam ni, belajar ka masa dalam kelas, dan bagai2 lagi lah dalam kepala ni. Niat mmg dah nak meniru, pusing kiri kanan kawan aku mcm paham keadaan aku, dia bagi lah sikit2 tengok jawapan dia hahahahaha but boleh tengok jelah. Jauh2 mana nak nampak nombor nya. Aku dah giveup, aku tinggal banyak jawapan kosong beb. Dan habis je exam tu, keluar dewan terus aku nangis peluk kawan aku nama nya Anis. Memang esak-esak beb aku nangis, sebab terlampau sedih sebab aku tak boleh jawab langsung. Then masuk dalam bas aku cuba lah cool dan okelah. 

    Exam semester 1 dalam subject ni aku failed !!! Then repeat dalam sem 3 also failed ! Then repeat lagi subject ni dalam sem 5 and Alhamdiillah aku lulus ! But bukan aku jelahh yg repeat, ada lah juga geng cengan aku. Dan masa sem 3 dan sem 5 juga lahh aku banyak sorg-sorg pergi kelasnya. Kawan-kawan semua tidur, aku jalan kaki naik bas ke kelas. Masatu Allah je tahu, rasa bodoh gila diri ni. Plus sedih amat-amat juga. 

    Alhamdulillah every sem ada peningkatan CGPA, but bukan lah naik mendadak setiap kali sem 4 flat. No ! Aku pun dah lupa dahh cuma total CGPA aku 2.93 je. Alhamdulillah jugak aku lulus dan dapat garduated mcm orang lain. Dan aku tak extended. Di semeter 5, aku dapat "PELAJAR BESTARI", sebab aku pointer aku masatu 3.42 rasanya. Tapi bila total semua tak cecah 3.00, dan hampir lah nak dapat. Alhamdulillah dapat lah juga naik pentas amik reward nya. hehehe.

Tadaaaaaa. hehehehehe.

    Kenangan demi kenangan yg dikecapi. Baik buruk sebagai pengajaran dan pembelajaran. Yang baik ambil sebagai pengalaman, yang buruk ambil sebagai pengajaran. Yang penting jangan pernah putus asa. Nak berjaya kena usaha. Even jatuh banyak kali pun jangan pernah giveup. Ingat siapa yg ada bila bangun dan jatuh hang. Ingat siapa yg hg nak tunjuk hg boleh. Ingat semua benda tu ! Pengorbanan oraNg lain terhadap hang. Jangan hampakan orang lain especially diri sendiri. Good Luck !

Banyak lagii benda nak share ni, jumpa part IV guys !!! 



Post a Comment


Thanks for reading. Lot of Love.